Isnin, 10 Disember 2012

PENDIDIKAN KONSERVASI


PENGENALAN

Kita harus bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Ini kerana Malaysia telah dikurniakan dengan bentuk muka bumi yang indah di samping mempunyai pelbagai sumber flora dan fauna. Namun, apabila negara semakin pesat membangun, populasi dan keperluan manusia juga turut meningkat. Demi mengejar keperluan kualiti hidup, manusia sering kali alpa dengan kerakusan tingkah laku terhadap alam sekitar.

Oleh itu, satu pendekatan konservasi perlu diwujudkan terutamanya dalam member kesedaran dan pendidikan awal di peringkat sekolah rendah dan akan diteruskan sehinggalah ke peringkat awam. Dengan itu, secara tidak langsung kepentingan aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat diterapkan kepada setiap individu bagi memberi kesedaran mengelakkan kepupusan flora dan fauna terjadi.

 

1.0  PENDIDIKAN KONSERVASI

Perkataan konservasi berasal dari kata Conservation yang terdiri dari kata dasar con (together) dan servare (keep/save) yang memiliki pengertian mengenai upaya memelihara apa yang kita punya (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi. Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kultural dimana pada saat dulu, upaya konservasi lebih buruk daripada saat sekarang.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha sedar yang dilakukan secara berulang-ulang kali atau dengan kata lain secara terus-menerus supaya masyarakat memiliki kesedaran atau kepedulian konservasi terhadap alam sekitarnya dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi. Mengikut UNESCO 1976, telah menggariskan enam objektif utama Pendidikan Konservasi iaitu Kesedaran, Pengetahuan, Sikap, Kemahiran, Kebolehan Menilai dan Bekerjasama.

 

1
Pelbagai isu pencemaran dan ancaman kepupusan flora dan fauna telah sedikit sebanyak menerbitkan kesedaran di kalangan masyarakat betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan seharian. Daripada kesedaran inilah akan memberi banyak pengetahuan kepada masyarakat agar mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi demi menjaga kepentingan sesama hidupan. Pengetahuan yang diperolehi akan membawa banyak perubahan sikap yang positif termasuklah nilai-nilai estetika yang tinggi, bermotivasi dalam usaha-usaha perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar secara lestari. Semua ini perlu dipupuk dalam jiwa kanak-kanak sejak kecil lagi dengan tujuan memberi pendidikan awal dalam menghargai alam sekitar.


 

Sikap yang positif secara tidak langsung membawa banyak kemahiran yang boleh diaplikasikan untuk membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Ini boleh membantu masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor persekitaran dalam semua tindakan yang akan dilakukan. Ini bertujuan menggalakkan kerjasama antara semua pihak tanpa mengira peringkat umur dan gelaran bagi membantu mempertingkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam ekosistem kehidupan.

 

1.1              KEPENTINGAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Menurut kamus Dewan edisi ke-empat tahun 2005, pelihara didefinisi sebagai membela, menjaga dan merawat manakala pulihara bermaksud memulihkan, memelihara dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Tahap kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai sebanyak 90% namun hanya 30% sahaja yang komited terhadap usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar ( EraHijau 1-2009 ). Oleh itu, tahap kesedaran seseorang individu iu harus dipupuk dan disemai di peringkat awal kanak-kanak lagi. Ini disebabkan menurut laporan Cities and Climate Change, Global Report On Human Settlements 2011, bandaraya di dunia menyumbangkan kepada 70% gas rumah hijau walaupun keluasannya hanya 2% di muka bumi. Manakala laporan Intergovermental Panel On Climate Change ( IPCC ) pula menyatakan 14% pelepasan gas rumah hijau dihasilkan dari aktiviti pertanian manakala 17% pelepasan dari aktiviti perhutanan.

2
Menyedari hakikat semua ini, usaha dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hendaklah selari dengan pembangunan yang dilaksan akan agar tidak terlalu menjejaskan kualiti alam sekitar. Kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar adalah seperti berikut :


1.1.1        Sumber Makanan

Manusia bergantung sepenuhnya kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan sebagai sumber makanan dalam populasi manusia yang semakin hari semakin meningkat dewasa ini.

1.1.2        Sumber Perubatan

Semua bahan mentah bagi penghasilan ubat tradisional dan bahan kimia untuk memproses ubatan moden adalah diperoleh daripada tumbuhan dan juga haiwan yang dipercayai berpotensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah, AIDS dan penyakit kulit.

1.1.3        Sumber Ekonomi

Sumber bahan mentah daripada flora dan fauna adalah aset yang terpenting alam sekitar dalam menyumbangkan pendapatan ekonomi kepada negara. Sumber flora seperti kayu balak, cengal, belian, meranti, gaharu, rotan dan damar merupakan sumber dalam pembinaan rumah, perabot dan kertas. Hasil keluaran seperti beg, baju, seluar dan kasut pula didapati daripada kulit haiwan manakala madu diperoleh daripada lebah. Selain daripada itu, sumber hutan yang menarik juga boleh menambahkan pendapatan kepada negara dengan menyediakan tempat pelancongan manakala sumber fauna seperti ikan, udang, kerang dan ketam dapat membantu nelayan mempertingkatkan mutu kehidupan mereka dari segi sosioekonomi.

1.1.4        Keseimbangan Alam Sekitar

Flora dan fauna memainkan peranan yang penting dalam rantai dan siratan makanan yang dapat membawa kepada keseimbangan alam sekitar. Flora menolong mengekalkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera yang diperlukan oleh manusia dan haiwan bernafas manakala manusia dan haiwan membebaskan gas karbon dioksida untuk tumbuhan menjalani proses fotosintesis. Di samping itu, tumbuhan digunakan sebagai agen mengawal pencemaran udara, mengelakkan banjir kilat, hakisan tanah dan tanah runtuh serta dapat mengurangkan penyejatan air selain daripada dapat menyejukkan permukaan bumi.

1.1.5        Sumber Air

3
Sumber flora yang terdapat dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang digunakan untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada hidupan di dunia ini.


1.1.6        Tempat Rekreasi

Keindahan semulajadi alam sekitar yang menarik telah menggalakkan akiviti riadah dan rekreasi kepada manusia dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti berkhemah, snookerling, berkayak, abseiling dan orienteering.

 

2.0       KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Menurut Noresah Baharom ( 2002 ), flora bermaksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang hidup di sesuatu kawasan pada satu-satu masa manakala fauna pula adalah semua haiwan yang hidup di sesuatu kawasan tertentu. Menurut Graiger A ( 1993 ), kepupusan membawa maksud berakhirnya riwayat suatu organism atau kumpulan organisma. Kepupusan adalah suatu proses yang tidak boleh diundur semula walaupun menggunakan pelbagai teknologi dan cara untuk mengembalikan spesis tersebut. Jadi, kepupusan flora dan fauna boleh diertikan sebagai kemusnahan kepada semua tumbuhan dan haiwan.

Pada penghujung 1989, dianggarkan 18.5 juta hektar atau 56.3% daripada bumi diliputi hutan yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna yang mana terdapat 6.4 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 4.7 hektar juta di Sabah dan 9.4 juta hektar di Sarawak. Walaubagaimana pun, flora dan fauna sering kali mengalami ancaman kepupusan akibat faktor-faktor semulajadi dan juga faktor perbuatan manusia sendiri. Dalam membincangkan isu kepupusan dan usaha-usaha konservasi bagi membantu pemuliharaan dan pemeliharaan flora dan fauna, saya telah memilih pokok gaharu dan penyu sebagai kajian saya.

 

 

 

 

 

4
 



2.1       POKOK GAHARU


 

Di Malaysia, pokok gaharu juga dikenali sebagai depu, karas atau engkaras. Apabila pokok gaharu telah dewasa dan matang, ia boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter manakala diameter batangnya dalam sekitar 60 centimeter. Terdapat 25 jenis pokok gaharu di dunia ini namun hanya 5 jenis sahaja yang terdapat di Malaysia iaitu :

            2.1.1    Aquilaria Malaccensis ( Depu, Kapas )

            2.1.2    Aquilaria Hirta ( Chandan )

            2.1.3    Aquilaria Microcarpa ( Garu )

            2.1.4    Aquilaria Beccariana ( Gaharu, Tanduk )

            2.1.5    Aquilaria Rostata

 

Tarikan bagi kayu gaharu adalah disebabkan oleh kayu ( heartwood ) dan minyak ( damar ) yang dihasilkan oleh pokok itu amat bernilai tinggi malah lebih mahal daripada harga emas iaitu harganya boleh mencecah sehingga RM14 – Rm18 ribu sekilogram dan minyaknya pula RM45 ribu sekilogram.

 

5
 



2.2       STATUS TABURAN DAN POPULASI POKOK GAHARU

Pokok gaharu tumbuh di kawasan hutan hujan tropika iaitu di kawasan tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggian mencecah 1000 meter daripada aras laut dan menerima hujan antara 1000 centimeter hingga 2000 centimeter. Di samping itu, kandungan pH tanahnya antara 5.0 hingga 7.0 yang menerima cahaya matahari lebih daripada 50% dan mempunyai suhu antara 26ºC hingga 31ºC. Di bawah merupakan status taburan dan populasi pokok gaharu di Malaysia dan di Asia.

 

2.2.1    TABURAN POKOK GAHARU (MALAYSIA)

Nama Saintifik
Kawasan Taburan Semulajadi
Ciri-ciri Pokok
 
Aquilaria Hirta
 
Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan
Johor
 
Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.
 
Aquilaria  Beccariana
 
Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor)
 
Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.
 
Aquilaria Rostrata
 
Pahang (G. Tahan), habitat gunung.
 
Urat kedua daun tidak jelas.
 
Aquilaria Malaccencis
 
Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perlis.
 
Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur
 
Aquilaria Microcarpa
 
Johor dan kawasan bakau
 
Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil
berbentuk hati.


 

6
 



2.2.2    TABURAN POKOK GAHARU (ASIA)

Bil.
Jenis Pokok Gaharu
Tempat
1.
AQUILARIA SUBINTEGRA                          
Thailand
2.
AQUILARIA CRASSNA                                 
Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam
3.
AQUILARIA MALACCENSIS                        
Thailand, India, Indonesia, Malaysia
4.
AQUILARIA APICULATA                              
Philippines
5.
AQUILARIA BAILLONIL                               
Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6.
AQUILARIA BANEONSIS                             
Vietnam
7.
AQUILARIA BECCARIAN                             
Indonesia, Malaysia
8.
AQUILARIA BRACHYANTHA                      
Malaysia
9.
AQUILARIA CUMINGIANA                          
Indonesia, Philippines
10.
AQUILARIA FILARIA                                    
Nuegini, China
11.
AQUILARIA GRANDIFLORA                      
China
12.
AQUILARIA HILATA                                     
Indonesia, Malaysia
13.
AQUILARIA KHASIANA                               
India
14.
AQUILARIA MICROCAPA                            
Indonesia, Malaysia
15.
AQUILARIA ROSTRATA                              
Malaysia
16.
AQUILARIA SINENSIS                                
China

 

2.3       FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN POKOK GAHARU

Menurut Abd. Naddin Bin Shaiddin ( 2009 ), hampir kesemua spesis gaharu yang dikenalpasti telah disenaraikan Merah Sangat Terancam oleh LUCN dan kebanyakan spesies dari Aquilaria telah diklasifikasikan sebagai terancam di Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES), 2004 - Appendix II kerana diancam kepupusan akibat cara pengeluaran yang tidak mapan.

7
Salah satu faktor semulajadi menyebabkan kepupusan pokok gaharu adalah oleoresin iaitu hasil tindak balas daya pertahanan pokok yang diserang penyakit dalam bentuk jangkitan kulit apabila pokok mengalami luka atau cedera akibat serangan serangga dan pantogen. Di samping itu, faktor permintaan yang tinggi untuk penghasilan minyak wangi, perubatan, kraftangan dan keagamaan telah membawa kepada penebangan yang berleluasa tanpa memperdulikan kualiti dan kematangan pokok gaharu serta cara pemeliharaan dan pemuliharaan.


Faktor pencerobohan ke hutan simpan dan taman negeri juga menjadi punca kepupusan disebabkan kegiatan ini telah dirancang oleh sindiket yang mempunyai rangkaian dan modal yang besar menyebabkan sukar dibanteras dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, pencerobohan oleh pencuri pokok gaharu di Taman Banjaran Crocker adalah didalangi oleh ahli sindiket yang sama telah memasuki kawasan hutan kerajaan Kota Belud di kawasan Tomboyokan dan di hutan Sugut, Karamuok di Pnango.

Selain daripada itu, kurangnya sikap kesedaran diri dalam menyayangi alam sekitar merupakan penyebab kepada faktor kepupusan pokok gaharu. Ini kerana manusia hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keburukan dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar dan habitat flora dan fauna termasuk pokok gaharu. Ini termasuklah membuat penebangan pokok secara haram tanpa sekatan, membuat pembangunan yang tidak terancang dan menjalankan aktiviti pertanian dengan membuat pembakaran terbuka.

Keutamaan yang harus dititikberatkan dalam memastikan pokok  gaharu dari terus mengalami ancaman kepupusan maka pendekatan pendidikan konservasi harus dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat agar dapat memulihara dan memelihara habitat pokok gaharu.

 

2.4       USAHA-USAHA KONSERVASI MENYELAMATKAN POKOK GAHARU

Pelbagai usaha konservasi boleh dilaksanakan di semua peringkat tidak mengira di peringkat sekolah, kampung, daerah, bahagian, negeri, persekutuan malah di peringkat antarabangsa bagi tujuan menyelamatkan pokok gaharu dari terus diancam kepupusan.

8
Project National Capacity Needs Self-Assessment For Global Environmental Management           ( NCSA ) adalah satu projek sumbangan United Nations Development Programe – Global Environm Facility ( UNDP-GEF ) yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar ( NRE ) sejak Januari 2007 bertujuan untuk mengkaji keperluan keupayaan Negara dalam pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar. Untuk itu, di bawah Bahagian Bioteknologi Hutan FRIM, satu penyelidikan dalam bidang tisu didik atau kultur tisu telah dijalankan.




Penyelidikan tersebut dijalankan oleh pakar kultur tisu FRIM. Dr. Kodi Isparan Kandasamy yang turut melibatkan tanaman lain termasuk kayu jati, periuk kera, vanilla dan jelutong bagi menjamin pokok gaharu adalah flora yang perlukan perhatian berterusan.

Bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat, kursus dan latihan yang sesuai boleh diadakan di pelbagai peringkat kawasan bagi menyebarkan tentang pentingnya sumbangan pokok gaharu kepada keseimbangan alam sekitar. Selain daripada itu, forum atau dialog bersama Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar boleh diadakan bagi mendekatkan masyarakat mengenai pengurusan hutan dan penggunaan sumber secara lestari. Promosi pemuliharaan dan pemeliharaan pokok gaharu juga dapat dilaksanakan melalui kempen, seminar, pameran dan edaran risalah dengan tujuan meningkatkan mentaliti masyarakat tentang kepentingan pokok gaharu dalam ekosistem alam sekitar.

Di peringkat pusat iaitu negara, sokongan politik juga boleh digunakan dalam usaha konservasi menyelamatkan kepupusan pokok gaharu dengan mengubal dasar dan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri dalam isu-isu pemuliharaan dan pemeliharaan habitat flora tersebut. Menurut Dr. James Alin, pakar penilai ekonomi pemuliharaan hidupan liar dan alam semulajadi, sekolah perniagaan dan ekonomi Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Enakmen Hutan Sabah 1968 dan Ekakmen Taman-taman Sabah telah diwujudkan bagi melindungi pokok gaharu yang tumbuh di dalam kawasan hutan simpan dan taman-taman negeri itu. Di samping itu, kerajaan Malaysia sebagai UTES ( Konvensyen Untuk Perdagangan Antarabangsa ) dalam tumbuhan dan hidupan liar yang terancam telah menguatkuasakan pemantauan dan pengurusan bagi memastikan perdagangan pokok gaharu adalah sah, mapan dan terkawal.

 

3.0       PENYU

9
Penyu merupakan sejenis haiwan reptilian marin yang wujud sejak zaman dinosaur lagi. Habitat penyu adalah di dalam air laut masin dan juga di darat. Terdapat tujuh jenis penyu di dunia tetapi hanya ada empat jenis sahaja daripadanya bersarang di pantai Malaysia. Empat jenis penyu tersebut adalah seperti di bawah :


1.      Penyu Belimbing ( Dermochelys Coriacea ).

Panjang cengkerang ( dewasa )     : 150 – 180 cm.

Berat badan ( dewasa )                 : 300 – 600 kg.

Warna                                            : hitam dengan tompok-tompok putih atau kelabu

Makanan                                       : ubur-ubur


Gambar 1 : Penyu Belimbing ( Dermochelys Coriacea ).

 

 

2.      Penyu Karah / Penyu Sisik ( Eretmochelys Imbricate )

Panjang cengkerang ( dewasa )     : 70 – 90 cm

Berat badan ( dewasa )                 : 30 – 70 kg

Warna                                            : kombinasi kuning, coklat dan coklat tua

Makanan                                       : span

 


Gambar 2 : Penyu Karah / Penyu Sisik ( Eretmochelys Imbricate )

 

 

10
 



3.      Penyu Agar / Penyu Pulau ( Chelonia Mydas )

Panjang cengkerang ( dewasa )     : 90 – 100 cm

Berat badan ( dewasa )                 : 110 – 180 kg

Warna                                            : kombinasi hijau zaiton dan coklat atau hitam

Makanan                                       : rumput atau rumpai laut dan ubur-ubur


Gambar 3 : Penyu Agar / Penyu Pulau ( Chelonia Mydas )

 

4.      Penyu Lipas ( Lepidochelys Olivacea )

Panjang cengkerang ( dewasa )     : 50 – 70 cm

Berat badan ( dewasa )                 : 30 – 50 kg

Warna                                            : coklatt zaitun

Makanan                                       : ketam, udang, siput, ubur-ubur, ikan dan rumput air.

 


Gambar 4 : Penyu Lipas ( Lepidochelys Olivacea )

 

11
 



3.1     STATUS TABURAN DAN POPULASI PENYU

Kehidupan penyu lebih sinonim dengan kawasan persisiran pantai yang memerlukan kawasan berpasir, gelap dan sunyi. Di Malaysia, negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang sering kali dikaitkan dengan penyu terutamanya di Rantau Abang. Penyu akan mencari makanan ke dalam laut dan akan membuat sarang di atas pantai.


Peta 1 : Bulatan kuning mewakili lokasi bersarang kecil, bulatan merah dikenali utama laman bersarang. 

Melalui pautan laman blog Cutiganusokmo, terdapat 15 buah pusat penetasan penyu di negara Malaysia iaitu Mak Kepit, Ma’ Daerah, Rhu Sepuluh, Pulau Perhentian, Rantau Abang Dan Geliga ( Terengganu ), Cheranting dan Pulau Tioman ( Pahang ), Padang Kemunting ( Melaka ), Segari ( Perak ), Pantai Kerachut ( Pulau Pinang ), Air Papan dan Pulau Tinggi ( Johor ), Pulau Penyu ( Sabah ) dan Pulau Talang-Talang ( Sarawak ).

 

3.2  FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN PENYU

Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu pada tahun 1986, terdapat 5665 ekor penyu tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal 2247 ekor sahaja. Ini menunjukkan pelbagai ancaman sama ada secara semulajadi aau buatan manusia terpaksa ditempuhi oleh penyu di peringkat  telur hinggalah dewasa.

12
Dari segi semulajadi, Dr. Juanita Joseph iaitu Penyelidik dan Pensyarah Jabatan Sain Marin dari Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin ( FMSM ), menyatakan kebanyakan penyu yang mati tidak hanya kerana telur diambil oleh peraih-peraih haram tetapi juga menjadi makanan kepada pemangsa seperti biawak dan ikan yu.


Namun begitu, kepupusan penyu lebih kepada faktor buatan manusia sendiri. Ini dapat dilihat daripada sikap mereka yang tidak bertanggungjawab dan kerakusan sesetengah individu yang sengaja mencari keuntungan dengan mengutip dan menjual telur penyu secara haram. Di samping itu, kerana sikap kecuaian manusia di mana telah menyebabkan kematian penyu apabila terlanggar kipas bot yang berlegar-legar di kawasan tumpuan ikan yang kebetulan pada masa yang sama merupakan habitat penyu. Operasi perikanan di laut yang tidak terkawal dengan penggunaan pukat oleh nelayan yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Perikanan masih berleluasa akan menyebabkan penyu terperangkap. Tambahan pula, pengeksploitasian penyu oleh nelayan-nelayan asing secara tidak langsung juga telah menyebabkan kepupusan kehidupan penyu di laut.

Pembangunan berlebihan di kawasan pantai, aktiviti penambakan pesisir pantai yang tidak terkawal dan terancang malah pencahayaan berlebihan boleh menjejaskan habitat penyu. Pencemaran laut termasuk tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap seperti botol, pelbagai barangan plastik dan jaring atau pukat terpakai ke dalam laut boleh menyebabkan kematian penyu kerana mengakibatkan penyu boleh terbelit, tiada ruang bernafas dan sukar bergerak.

 

3.3  USAHA-USAHA KONSERVASI MENYELAMATKAN KEPUPUSAN PENYU

Kesedaran adalah kunci kepada usaha-usaha konservasi bagi menyelamatkan penyu daripada terus-terusan terancam. Kesedaran konservasi di semua peringkat sama ada secara umum atau sfesifik di kalangan individu atau masyarakat dapat disalurkan melalui aktiviti-aktiviti seperti pameran, ceramah, iklan dan pertandingan melukis poster atau mengarang cerita. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijadikan medium bagi memberikan kerjasama dalam menjaga dan menghargai penyu di negara kita.

13
Penerapan nilai-nilai murni melalui pelbagai mata pelajaran di sekolah juga merupakan langkah yang lestari dalam usaha konservasi bagi memberi kesedaran awal kepada murid-murid dalam memulihara dan memelihara hidupan penyu. Dengan cara ini, murid-murid akan mendapat pendidikan sepanjang hayat dan sudah semestinya dapat menggalakkan murid bijak dalam menilai dan membuat keputusan apabila melibatkan perkara-perkara yang boleh mengancam kehidpan penyu.


Di peringkat persekutuan dan negeri, akta dan undang-undang perlu dikuatkuasakan dengan mengenakan hukuman yang setimpal kepada individu yang bersalah terutamanya mengambil telur penyu secara haram. Melalui pautan Berita Harian 21.03.2010, Akta Perikanan 1985, kaedah-kaedah Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu 1989 ) adalah antara undang-undang utama yang melindungi penyu daripada sebarang gangguan dan mengharamkan penggunaan pukat tunda. Di samping itu, kerajan perlu mewartakan kawasan penyu bertelur dan membiak sebagai kawasan lindungan bagi pemuliharaan spesis penyu dan dapat menjamin kadar pertambahan populasi penyu di negara kita.

 

PENUTUP

Andai aktiviti-aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan flora dan fauna tidak dilaksanakan dan semua lapisan masyarakat tidak mempunyai kesedaran yang tinggi maka tidak mustahil sumber alam sekitar ini akan tinggal sejarah sahaja untuk kehidupan generasi akan datang. Jangan biarkan anak cucu cicit kita terkial-kial tidak mengenal apa itu pokok gaharu dan penyu pada 15 tahun akan datang. Bagi mengelakkan ancaman kepupusan terjadi kepada sumber flora dan fauna yang akan merugikan setiap lapisan masyarakat, sebagai seorang individu yang bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama secara sejagat, usahlah hanya bertepuk dada dan mempunyai sikap tunggu dan lihat sahaja tetapi haruslah tanya selera agar memberi kesedaran yang mendalam secara konservasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan