Rabu, 7 November 2012


PENGANTAR BAHASA MELAYU

1.0        PENGENALAN

Seorang Sarjana Jerman yang bernama Wilhelm Von Hunboldt telah memberi definisi tentang bahasa. Beliau mengatakan bahasa adalah sebagai sentesis bahasa manakala John B. Carol pula menyatakan bahasa dari sudut linguistik, di mana di dalamnya ada sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan bunyi – bunyi.

      Melayu adalah penduduk peribumi dalam konteks kerajaan Malaysia tetapi jika dilihat dari sudut budaya pula memberi makna Melayu iaitu seluruh penduduk yang tinggal dalam beratus – ratus dialek yang terdapat di nusantara. Pada masa dahulu ianya juga dikenali sebagai Lingua Franca. Lingua Franca digunakan sebagai bahasa perantaraan antara pedagang yang berurusan di Tanah melayu pada masa itu.

      Sehingga kini bahasa Melayu sangat penting dan berfungsi sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah. Di samping peranananya dalam menyatupadu rakyat Malaysia yang majmuk. Hasrat ini akan tercapai jika dilaksanakan bermula dari akar umbinya iaitu di bawah Sistem Pendidikan Malaysia peringakat sekolah rendah lagi. Aspirasi ini telah termaktub dalam laporan Razak 1956. Ini terbukti seperti mana yang kita lihat dan nikmati sekarang hasil daripada sistem pendidikan seperti mana yang terkandung dalam laporan Razak 1956.

      Dalam Laporan Razak 1956 yang berkaitan dengan bahasa Melayu, beliau sebagai Menteri Pendidikan pada masa itu telah mengesyorkan cadangan  untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah. Seterusnya adalah untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum dengan penggunaan bahasa Melayu.

 

2.         FUNGSI-FUNGSI BAHASA MELAYU

Seperti mana yang kita maklum, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita Malaysia sejak dahulu lagi. Pelbagai fungsi yang dapat diwujudkan oleh Bahasa Melayu dalam pelbagai situasi terutamanya di sekolah-sekolah. Antara fungsi-fungsinya adalah seperti di bawah :

 

2.1       Sebagai Bahasa Pengantar Di Sekolah

      Memang tidak dapat disangkal dan dan dipertikaikan lagi peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  di sekolah di Malaysia. Di bawah adalah fungsi – fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah :

 

 

2.2       Sebagai Bahasa Perpaduan.

      Bahasa Melayu memang sudah terbukti sebagai alat untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.Untuk melaksanakannya, ini telah dinyatakan dalam Laporan Razak 1956 telah mengesyorkan satyu cadangan di mana murid yang berlainan bangsa diletak di bawah satu system pendidikan iaitu Sistem Pendidikan kebangsaan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Kepentingan  bahasa Melayu amat ditagih sebagai pra syarat untuk merealisasikan Wawasan Negara. Dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan melahirkan rakyat yang bangga menjadi rakyat Malaysia. Sebagai bahasa pengantar di sekolah, perpaduan dapat dibina dengan penggunaan satu bahasa dan mereka perlu mempelajari sebagai alat yang penting untuk mengwujudkan dan mengekalkan perpaduan seperti mana yang mahu dicapai dalam Laporan Razak 1956. Semua rakyat Malaysia akan dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu barulah perpaduan antara kaum dapat dicapai. Bahasa Melayu terbuka kepada semua kaum dan kedaulatannya dilindungi oleh perlembagaan. Rakyat Malaysia akan berkongsi bersama  penggunaan bahasa Melayu telah menjadi lambang perpaduan rakyat Malaysia.

 

2.3     Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

      Bahasa merupakan satu lambang bagi mengenali identiti sesebuah negara. Bagi negara Malaysia bahasa Melayu merupakan identity kebangsaan. Identiti kebangsaan yang diwujudkan boleh menyelesaikan masalah perbezaan diri, bangsa dan kebudayaan dengan mengwujudkan satu identiti sahaja iaitu identity kebangsaan.  Bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi kerajaan, pentadbiran, pendidikan, perdagangan, perusahaan,ucapan rasmi kerajaan dan sebagainya.  Di samping itu , dengan satu sistem pendidikan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar yang digunakan di sekolah sikap syak wasangka dapat dihapuskan malahan semangat kebangsaan dan semangat kemerdekaan dapat diterapkan.

 

2.4    Bahasa Ilmu.

      Dengan memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah menjulang lagi bahasa melayu sebagai bahasa ilmu hingga ke peringkat universiti. Bahasa melayu diangkat menjadi bahasa ilmu kerana memiliki cirri – ciri tersendiri. Akta Pendidikan 1961 telah menoatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dengan mengumpul murid – murid di bawah satu sistem pendidikan dan bahasa pengantar ialah bahasa ilmu, bahasa Melayu dapat digunakan untuk mencari dan menyampaikan ilmu seperi ilmu sains, ilmu matematik, perubatan, ekonomi dan banyak lagi bidang ilmu yang lain. Dengan ada ilmu pengetahuan kita dapat memantapkan lagi kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Banyak graduan yang Berjaya menghasilkan tesis dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan setakat belajar bahasa Melayu sahaja tetapi skopnya adalah luas mencakupi semua bidang ilmu yang di dunia ini.

2.5   Pembangunan Negara.

      Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia pernah berkata “ Maju bangsa Melayu majulah bangsa Melayu. Memang benar kata beliau, pembangunan Negara memang ada kaitan dengan pembangunan Negara. Bahasa Melayu boleh dijadikan alat untuk pembangunan kerana murid-murid yang diletak di bawah sistem pendidikan seperti dalam Laporan Razak 1956 dapat memajukan ekonomi negara, menghasilkan teknologi, perindustrian dan sebagainya. Hal ini telah terbukti di negara luar seperti di Jepun dan Korea.Korea dan Jepun adalah kuasa ekonomi dari Asia.Sebab itulah Dr. Mahathir mahu kita meniru cara rakyat Jepun bekerja.Kita dapat lihat hasilnya sekarang dengan pembangunan pesat di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang memiliki kemahiran yang tinggi untuk memajukan pembangunan negara. Sebagai buktinya ramai graduan yang keluar dan berjaya melalui sistem pendidikan ini yang banyak menyumbang ke arah pembangunan negara hingga sekarang.

 

2.6  Bahasa Komunikasi.

      Bahasa Melayu alat  dalam satu penyampaian info atau maklumat, perasaan dan buah fikiran. Ianya boleh berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal. Contohnya adalah seperti ceramah, persidangan , forum, debat dan sebagainya.

 

3.         KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN  KEBANGSAAN

      Tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahasa Melayu banyak kepentingan dalam Sistem  Pendidikan Kebangsaan khasnya Negara Malaysia. Antara kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah seperti berikut :

 

3.1    Melahirkan Modal Insan.

      Sesebuah Negara sangat bergantung dengan pembangunan modal insan. Kekuatan modal insan dapat diterjemahkan dengan pendidikan dengan satu sistem dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam pengajaran dalam menyampaikan pengajaran, maka dapatlah melahirkan modal insane mengikut acuan negara kita. Modal insan yang kuat amat penting dalam melahirkan modal insan yang mampu bersaing dalam dunia globalisasi  untuk memajukan negara. Modal insan amat penting kerana merupakan aset yang sangat penting dan berharga. Modal insan adalah permata negara  pada masa yang akan datang. Dengan adanya sistem pendidikan yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dapat dijayakan dan direalisasikan dengan melahirkan modal insane yang memiliki ciri – ciri peribadi yang tinggi iaitu yakin pada diri sendiri, mampu bersaing di peringkat tertinggi dan berwawasan tinggi. Dengan memiliki modal insan yang berakhlak tinggi dapat menjauhkan mereka daripada gejala – gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas, jenayah dan sebagainya.Melalui pengajaran Islam dan pendidikan Moral dapat melahirkan modal insan yang kukuh keimanannya dan menjauhi rasuah yang boleh menyebabkan kejatuhan sesebuah negara. Modal insan seperti inilah yang mahu dilahirkan kerana mereka merupakan pemacu utama negara dalam mencapai hasrat dan impian standard negara maju dalam Wawasan 2020.

 

3.2  Pembina Jati Diri Dan Wawasan Negara.

      Di dalam konteks ini, bahasa Melayu yang telah dijadikan sebagai bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kehendak seperti yang terkandung dalam laporan Razak. Pembentukan jati diri dan mencapai Wawasan Negara memang bergantung sepenuhnya kejayaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dalam pembinaan jati diri rakyat Malaysia. Jati diri  perlu dibina dengan satu sistem pendidikan iaitu semua kaum disatukan dan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar, barulah jati diri rakyat Malaysia yang tulen dapat dilahirkan melaui sistem pendidikan ini. 

 

3.3  Pembinaan Bangsa Malaysia.

      Sepatutnya  tiada lagi rakyat Malaysia yang mengatakan saya orang Melayu, saya orang India, saya orang Iban dan sebagainya.Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan mengatakan saya orang Malaysia. Dalam hal ini, pembinaan bangsa Malaysia dapat tercapai dengan semua rakyat Malaysia boleh  bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Ini perlu dilakukan ataupun dijalankan dalam satu sistem pendidikan iaitu Sistem pendidikan kebangsaan dan bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar, barulah proses pembinaan bangsa Malaysia yang asli yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Mereka akan berasa bangga memiliki bahasa Melayu. Rasa sayang akan membentuk negara yang harmoni, makmur dan bersatu padu tanpa pecah belah. Oleh itu bangsa Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup dan berpengetahuan tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Bahasa adalah lambang jiwa bangsa. Untuk memertabatkan dan memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan kebangsaan dapat melambangkan diri rakyat Malaysia iaitu  “ Bangsa Malaysia.”

 

3.4  Pengerat Hubungan Antara Kaum.

Budaya masyarakat Malaysia memang terkenal dengan rasa saling hormat – menghormati, tolong – menolong, bertimbangrasa, pemurah dan sebagainya. Hubungan antara kaum di negara ini memang patut dicontohi kerana hidup dalam keadaan yang harmoni. Tiada berlaku rusuhan kaum.Untuk mengeratkan lagi hubungan ini, bahasa Melayu memainkan peranan terutamanya murid – murid sekolah seperti mana dalam dalam laporan Razak.Rakyat Malaysia akan lebih akrab hubungannya dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara kaum. Hubungan yang baik antara kaum akan menjamin keamanan negara sentiasa dijaga. Hasrat ini akan tercapai dengan satu sistem pendidikan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Rakyat Malaysia seharusnya mengekalkan hubungan yang sudah lama diamalkan demi kemakmuran negara.

1 ulasan:

  1. Blog yang mempunyai banyak maklumat berfaedah. Syabas.

    BalasPadam