Isnin, 10 Disember 2012


 
PENGENALAN


Alam remaja perlu diterokai oleh semua orang sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan yang dialami oleh semua remaja sebelum dan selepas akil baligh. Ini akan membawa perkembangan yang memberangsangkan terhadap tingkah laku dan amalan remaja.

 

MATLAMAT

Alam remaja akan membolehkan murid memperoleh kefahaman secara mendalam tentang akil baligh yang akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial di samping bagaimana mereka menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang berkualiti.

 

OBJEKTIF

Alam remaja ini sangat penting untuk :

1.      Membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas akil baligh.

2.      Menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dan kesihatan yang berkualiti.

3.      Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.

4.      Mengenal pasti cara penjagaan kesihatan dan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkesan dalam menjalani kehidupan seharian.

 

 

 

 

 

 

 

1
 


 

 


AKIL BALIGH

 

PENGENALAN

Akil baligh merupakan tempoh masa perubahan antara zaman kanak-kanak beralih kepada zaman remaja. Semasa proses akil baligh, anak lelaki dan anak perempuan akan mengalami satu pengalaman baru yang melibatkan perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua perubahan ini secara tidak langsung akan mengubah rupa bentuk tubuh badan, bagaimana cara kanak-kanak berfikir, mengendalikan perasaan serta cara bergaul dan berkomunikasi dengan semua orang yang berada di sekeliling mereka.

 

Manakala remaja membawa maksud di mana seseorang individu itu telah mengalami kematangan sisitem saraf dan saiz otak yang merupakan satu persediaan ke arah mencapai tahap seorang dewasa. Dalam proses remaja, mereka sudah dapat membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi tingkah lakunya. Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa iaitu usia mereka berada dalam sekitar 1 hingga 19 tahun.

 

Oleh kerana itu, dalam menjadikan kehidupan seseorang remaja itu lebih berkualiti, penjagaan kesihatan ke arah hidup sihat haruslah dititikberatkan. Ini penting bagi menggalakkan remaja agar terus berusaha menjaga kebersihan untuk kesebatian amalan kehidupan mereka.

 

1.0  PERUBAHAN AKIL BALIGH

Fasa perkembangan akil baligh berbeza antara satu sama lain bagi setiap individu. Biasanya kanak-kanak lelaki lebih lewat memasuki tempoh akil baligh berbanding kanak-kanak perempuan. Semua ini dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam badan masing-masing. Secara tidak langsung, pelbagai perubahan akan dialami berperingkat-peringkat. Ini termasuklah perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.

 

 

 

 

2
 



1.1   PERUBAHAN FIZIKAL

Perubahan fizikal lebih tertumpu kepada rupa bentuk tubuh badan sama ada di dalam dan juga luar badan kanak-kanak tersebut apabila mengalami fasa akil baligh yang mana ada yang dapat secara ketara dan juga dialami tanpa disedari. Perkembangan dan pertumbuhan ini berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.

CIRI-CIRI PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA AKIL BALIGH.

LELAKI
ü  Mengalami pecah suara iaitu suara menjadi garau.
ü  Pertumbuhan tulang tangan dan kaki yang panjang mempengaruhi ketinggian, berat dan bentuk badan.
ü  Otot tubuh badan bertambah tegang, keras dan pejal menjadikan bahn dan dada menjadi bidang.
ü  Bulu mula tumbuh di bahagian tertentu tubuh seperti ketiak, di atas bibir ( misai ) dan di bawah dagu        ( janggut ).
ü  Jerawat mula tumbuh di muka.
ü  Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang.
ü  Mengalami ‘ mimpi basah ‘ iaitu mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani.
ü  Perubahan bau badan.

PEREMPUAN
ü  Payu dara mula membesar yang mana kawasan yang gelap di sekeliling putting akan membengkak dan jisim payu dara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat.
ü  Tumbuhnya bulu di celah ketiak dan bahagian ari-ari iaitu kawasan genitalia.
ü  Kehadiran jerawat di muka.
ü  Perubahan suara daripada keanakan kepada suara yang lebih matang.
ü  Perubahan bau badan terutama ketika berpeluh.
ü  Kehadiran haid iaitu pengeluaran darah daripada faraj yang akan dialami selama 3-6 hari.
ü  Penambahan berat badan dan juga ketinggian.
ü  Ukuran di bahagian punggung semakin melebar.
 


 

 

 

 

 

 

 


                    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3
 



Rajah di bawah menunjukkan beberapa perubahan fizikal yang dialami oleh remaja sewaktu akil baligh.

ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN


Tahukah anda, semenjak lahir seseorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ovum (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ovum sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita.


 

4
 



KITARAN HAID

HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA BERFUNGSI


  1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.
  2. Pada masa yang sama, ovum menjadi matang di dalam ovari.
  3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
  4. Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperrna, ovum akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

Faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosialbudaya dan persekitaran juga boleh mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan fizikal seseorang remaja lelaki dan perempuan. Jadi, adalah penting untuk menjaga pengambilan pemakanan dengan mengambil makanan yang berzat mengikut piramid makanan.

 

 

 

 

5
 


 


1.2  PERUBAHAN MENTAL

Perubahan mental adalah melihat kepada perkembangan kognitif iaitu bagaimana cara sesorang remaja itu berfikir serta melihat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Walaupun semasa alam kanak-kanak, mereka lebih sinonim dengan sikap authoritarian tentang pendapat masing-masing namun apabila mereka mula akil baligh dan meningkat remaja, sedikit demi sedikit sikap tersebut akan dapat dikurangkan. Pada peringkat ini, remaja lebih senang duduk, mendengar dan bersedia menerima pandangan orang lain. Secara tidak langsung, mereka dapat membezakan sesuatu perkara tersebut sama ada baik atau buruk di samping dapat membentuk falsafah hidupnya sendiri dengan berpandukan kepada set kepercayaan dan nilai tentang manusia dan masyarakat.

 

Menurut Teori Piaget, perubahan mental yang dialami oleh remaja berupaya melakukan perkara-perkara seperti berikut :

1.      Menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.

2.      Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.

3.      Mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah.

4.      Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.

5.      Schemata / struktur mental akan bertambah.

6.      Dapat melihat kaitan antara situasi yang relevan ketika menyelesaikan masalah.

 

Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh remaja apabila berlaku perubahan mental adalah seperti di bawah :

1.      Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri.

2.      Sering merasa diri disalah faham dan dipersalahkan.

3.      Merasa diri dilayan secara tidak adil.

4.      Kesunyian.

5.      Sukar dan keliru memahami emosi.

6.      Susah mambuat keputusan.

 

6
Oleh itu, adalah penting bagi orang-orang yang paling hampir dengan remaja agar menunjukkan teladan yang baik supaya mereka dapat mengamalkan norma dan nilai yang dipelajari daripada ibu bapa, adik-beradik, guru, masyarakat dan pendidikan agama dengan lebih berkesan.


1.3  PERUBAHAN EMOSI

Perubahan emosi disebabkan oleh perubahan hormon yang dihasilkan daripada tubuh badan. Ketidakstabilan ‘ mood ‘ juga boleh mempengaruhi perubahan emosi sewaktu zaman remaja. Ini termasuklah keenganan mendengar nasihat, merunggut dan menangis tanpa sebab. Ini kerana pada zaman remaja adalah zaman di mana remaja berada di persimpangan jalan.

 

Berdasarkan Teori Perkembangan Erikson, zaman remaja merupakan tahap identiti lawan kekeliruan peranan ( role confusion ) iaitu cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Ini kerana remaja akan cuba mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan ‘ siapa aku ?’. Usaha ini mungkin terganggu dengan adanya pelbagai pilihan. Sekiranya usaha mereka ini gagal maka ini akan menyebabkan mereka akan mula meragui peranan mereka dalam masyarakat. Oleh itu adalah penting bagi remaja agar bijak dan konsisten dalam mambuat keputusan untuk menempuh kehidupan yang penuh pancaroba cabaran dan permasalahan.

 

Selain daripada itu, dapat dilihat beberapa ciri-ciri emosi remaja. Antaranya ialah :

1.      Cenderung bermurung dan sukar dapat diteka.

2.      Bertingkah laku kasar untuk menutup kekurangan dalam hal rasa kepercayaan kepada diri sendiri.

3.      Kenarahan biasa terjadi.

4.      Cenderung tidah toleransi dengan orang lain dan ingin menang selalu.

5.      Mulai menilai orang tua dan guru secara objektif.

6.      Pemberontakan emosi.

7.      Mengalami konflik dengan orang tua.

8.      Suka mengelamun dengan selalu memikirkan masa depan mereka.

 

Dalam mempelajari perubahan emosi yang dialami oleh remaja, menurut Crow & Crow ( 1958 ) pengertian emosi adalah pengalaman afektif yang disertai dengan penyesuaian dalam diri individu tentang keadaan mental dan fizikal yang mewujudkan suatu tingkah laku yang nyata. 

 

7
 


 


Jadual di bawah menunjukkan perkaitan antara perubahan fizikal dan perubahan emosi.

 

Bil.
Perubahan Fizikal
Perubahan Emosi
1.
Reaksi elektris pada kulit meningkat.
Terpesona.
2.
Peredaran darah bertambah cepat.
Marah.
3.
Denyut jantung semakin cepat.
Terkejut atau takut.
4.
Penafasan panjang.
Kecewa atau terkilan.
5.
Pupil mata membesar.
Marah.
6.
Air liur mengering.
Takut atau tertekan.
7.
Bulu roma berdiri.
Takut.
8.
Percernaan tidak lancar.
Berada dalam keadaan tertekan.
9.
Otot tegang dan bergetar.
Ketakutan atau tertekan.
10.
Komposisi darah.
Akan ikut berubah kerana emosi yang menyebabkan
kalenjar-kalenjar lebih aktif.

 

 

1.4  PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial berkaitan dengan aspek seperti imej kendiri, tingkah laku, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan. Zaman remaja datang hanya sekali. Fasa ini sungguh mengujakan tetapi boleh juga mengelirukan. Saat inilah merupakan saat yang terindah dan menyeronokkan untuk diterokai. Oleh itu, apabila anak remaja telah mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar dan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. Gejala sosial berlaku akibat daripada arus globalisasi dan modenasasi yang mana boleh menjadikan seseorang remaja juga boleh bersifat individualistik dan materialistik.

 

8
Remaja mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru. Jadi secara tidak langsung dengan kepantasan dan keagresifan teknologi maklumat, komunikasi dan multi media, penyebaran agenda globalisasi dan dominasi barat sangat berkesan dalam mempengaruhi golongan remaja. Ini termasuklah seperti budaya mewarnakan rambut, memakai anting-anting ( lelaki ), membuat tattoo, mengemari muzik rock, heavy metal dan black metal yang turut dimuatkan dengan unsur-unsur pemujaan syaitan.


Selain daripada itu, hal-hal yang lebih dahsyat seperti pengambilan minuman keras, pergaulan bebas, penagihan dadah, kes penguguran dan pembuangan bayi. Ini kerana zaman remaja adalah zaman di mana emosi mereka adalah lemah. Oleh itu, adalah penting bagi remaja itu sendiri mempunyai ketahanan disiplin kendiri yang kental di samping mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru,

rakan-rakan dan masyarakat dalam membimbing remaja ke laluan jalan yang benar apabila berdepan konflik kehidupan.

 

Manakala di dalam membina perhubungan dan berkomunikasi dengan orang sekeliling, penyesuaian diri dan penerimaan masyarakat terhadap kehadiran remaja amat diperlukan. Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungan mempunyai ciri-ciri berikut :

1.      Suka bekerjasama dengan orang lain.

2.      Mudah simpati.

3.      Mudah mesra dan akrab

4.      Berdisiplin.

 

Sebaliknya, bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya akan mempunyai ciri-ciri berikut :

1.      Suka menonjolkan diri.

2.      Suka menipu.

3.      Suka berdendan atau bermusuhan.

4.      Egoistik.

5.      Merendahkan orang lain.

6.      Buruk sangka.

 

Dalam berdepan dengan perubahan sosial, remaja harus tahu bagaimana menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang yang berada di persekitarannya di samping menilai baik buruk sesuatu tingkah laku serta bijak membuat keputusan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.

 

 

9
 


 


2.0  PENJAGAAN KESIHATAN ALAM REMAJA

Remaja harus mementingkan asas penjagaan asas kesihatan secara menyeluruh agar menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna daripada segala aspek dan dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang mereka sertai terutamanya dalam bidang akademik, kerja luar dan kokurikulum. Berikut adalah sebahagian amalan asas penjagaan kesihatan yang perlu remaja itu amalkan sebagai rutin kehidupan mereka.

 

2.1   KEBERSIHAN DIRI

Dalam menjaga kebersihan diri, remaja harus menitikberatkan kebersihan diri dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dengan memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit, member keyakinan kepada pergaulan mereka dengan orang sekeliling. Antara penjagaan kesihatan tersebut adalah seperti :

a.       Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

-          Cuci badan dan rambut dengan syampoo.

b.      Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur.

c.       Mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan keluar dari tandas atau memegang kekotoran.

d.      Menjaga kebersihan kuku dengan memastikan kuku dalam keadaan yang bersih dan memotong kuku apabila sudah panjang.

e.       Menggunakan ‘ deodorant ‘ bagi mengelakkan bau badan.

 

Bagi anak-anak gadis, kebersihan semasa haid adalah sangat penting. Dengan itu, mereka harus :

a.       Menggunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu sentiasa ditukar dan jangan dibuang di merata-rata tempat. Bungkus dan buang dalam tong sampah.

b.      Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.

c.       Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

 

 

 

 

10
 



2.2   KEBERSIHAN PAKAIAN

Pakaian adalah penting bagi kita semua terutama di alam remaja. Pada masa inilah mereka akan cuba mencari identiti sendiri dengan cara berpakaian. Oleh itu, remaja harus bertanggungjawab memastikan pakaian mereka dalam keadaan bersih iaitu sentiasa mencuci pakaian yang sudah dipakai, disidai sehingga kering, dilipat dan disusun dengan kemas.

 

2.3  KEBERSIHAN DALAM DAN LUAR RUMAH

Walaupun masih remaja namun mereka tidak boleh memandang ringan tentang kebersihan dalam dan luar rumah. Ini penting bagi mendidik keperibadian mereka dalam mementingkan kebersihan persekitaran. Ini termasuklah membersihkan bilik tidur, bilik mandi, tandas, bilik tamu serta halaman rumah.

 

3.0  AMALAN GAYA HIDUP SIHAT REMAJA

Alam remaja penuh keindahan, cabaran dan masalah. Oleh itu remaja harus bijak dalam mengatur perjalanan hidup mereka dengan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkualiti dalam menjamin keselesaan, kelancaran, keaktifan, keceriaan, kecergasan dan kecerdasan kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat ini merangkumi amalan penjagaan pemakanan, rehat dan rekreasi, pengurusan mental, pengurusan emosi dan pengurusan sosial.

 

11
Sebagai remaja, mereka harus mengambil makanan yang seimbang seperti mengikut peringkat piramid makanan agar dapat membekalkan tenaga dan zat nutrient yang tinggi untuk kehidupan mereka. Dari segi rehat dan rekreasi pula, pastikan golongan remaja mendapat tidur yang secukupnya iaitu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Bersenam pula adalah cara terbaik remaja melibatkan diri secara sihat dalam pelbagai aktiviti agar dapat mengekalkan kesihatan mereka di samping dapat membina stamina serta menggalakkan semangat kesukanan dan komunikasi positif di antara golongan remaja dengan masyarakat. 



Piramid Makanan

 

Untuk pengurusan mental, walau apa pun masalah yang dihadapi oleh remaja, mereka harus berani berdepan dengan kenyataan dengan rasa cekal dan yakin. Selain daripada itu, remaja juga boleh mendapat panduan penyelesaian masalah dengan sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ahli keluarga terutamanya ibu bapa dan orang kepercayaan mereka seperti guru, rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Ini sedikit sebanyak akan membantu remaja dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Jangan sesekali membiarkan diri bersendirian atau enggan berkongsi masalah dengan orang lain.

 

Emosi di peringkat remaja adalah sukar difahami dan senang berubah-ubah. Bagi menguruskan emosi waktu ini, golongan remaja harus menyelami dan mengetahui tentang kebolehan, ciri-ciri keistimewaan, sikap, penampilan, matlamat, kebaikan dan kelemahan diri sendiri. Dengan itulah, remaja mempunyai kuasa dalam pengurusan emosi sendiri dengan lebih berkesan.

 

Bagi aspek sosial pula, remaja lebih tercabar dalam mewujudkan amalan gaya hidup sihat. Ini kerana mereka mendapat banyak pengaruh luar tidak kira daripada individu ataupun dunia multimedia yang semakin bersifat globalisasi. Oleh itu remaja hendaklah mengamalkan hidup yang bebas daripada pengaruh rokok, dadah, arak, hubungan seks bebas, lumba haram dan gejala-gejala negatif yang lain. Dengan itu, dekatkan diri dengan ajaran agama masing-masing agar ada pegangan hidup dan belai jiwa mereka dengan nilai-nilai murni untuk mendidik jiwa mereka kental daripada segala pengaruh yang tidak sihat. Antara genjala-genjala yang kurang sihat adalah seperti di bawah :

 

 

12
 



                           

                 Budaya melepak dan merokok.                              Budaya merempet membahayakan nyawa.

 

Melalui semua ini, dapat dilihat bukan sahaja remaja harus mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sahaja namun remaja juga perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat bagi melahirkan remaja yang berkualiti dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

13
 



PENUTUP

Zaman kanak-kanak adalah waktu keriangan. Akil baligh merupakan proses revolusi ke arah alam remaja. Apabila sesorang individu telah mencapai akil baligh, banyak perubahan yang akan dialami oleh mereka dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui perubahan ini akan menjadikan sesorang remaja lebih bertanggungjawab memastikan kehidupan mereka berkualiti dengan menjaga kesihatan fizikal dengan baik di samping mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Ini penting bagi menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.

3 ulasan: