PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR KAJIAN
1.
KERTAS
(a)
Saiz :
A4 (berkualiti
tinggi; 210 mm x 297 mm, 80 gsm ATAU 70 gsm
dan ke atas)
(b)
Warna :
Putih
2.
PENAIPAN
(a)
Jenis
Huruf :
‘Times New
Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’.
(b)
Selang
Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’
bagi teks am. Manakala
SATU (1) langkau digunakan untuk:
i.
Pengakuan
ii.
Penghargaan
iii.
Abstrak
iv.
Isi
Kandungan
(Antara tajuk DUA
(2) langkau dibenarkan)
v.
Senarai
Jadual
vi.
Senarai
Rajah
vii.
Rujukan
(c)
Ukuran :
Ukuran Muka
Surat seperti berikut:
·
Atas : 30 mm daripada jidar atas
·
Bawah : 25 mm daripada jidai bawah
·
Kanan : 25 mm daripada jidai kanan
·
Kiri : 40 mm daripada jidai kiri
Rujuk
Lampiran H
Peringatan:
i.
Setiap
permulaan tajuk kecuali tajuk laporan akhir, rujukan dan lampiran hendaklah
ditaip 50mm daripada birai atas.
ii.
Pada
setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi
sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan
teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.
iii.
Perkataan
terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.
iv.
Sesuatu
halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.
(d)
Format
Am :
Semua tajuk ditaip
dengan huruf besar kecuali subtajuk.
(e)
Nombor
Halaman :
i.
Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah, 15mm daripada
birai bawah dan 25mm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf
teks, tanpa hiasan.
ii.
Pada
halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan
angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut:
i, ii, iii, iv …….
Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai
halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.
iii.
Manakala
pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….
Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai
halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman
permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil
kira ketika menomborkan halaman berikutnya.
3.
CETAKAN
Halaman : Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu
semasa menjilid
hendaklah pada sebelah kanan.
4.
SERAHAN : Menyediakan salinan softcopy laporan akhir kajian dalam bentuk CD untuk serahan kepada FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA melalui pentadbir PPW/PPT. Pelajar perlu
menggunakan borang pengesahan penerimaan laporan akhir kajian semasa serahan.
Naskhah untuk pemeriksaan penyelia hendaklah menggunakan kulit jenis biasa
SAHAJA.
Nota: Pelajar
hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diperbetulkan.
5.
KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN AKHIR (Pelajar diberi Pilihan)
(a)
Muka
Hadapan
Maklumat pada muka hadapan laporan akhir dicetak
dengan HURUF BESAR bewarna EMAS, jenis ARIAL NARROW
bersaiz 18, pada kertas/ kulit jenis ‘balakrom’ yang berwarna BIRU TUA
(Dark Blue).
Susunan maklumat
pada muka hadapan adalah seperti berikut:
Tajuk Kajian
Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera
pada kad pengenalan)
Nama Fakulti
Nama Universiti
Tahun
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk
Kajian’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan
ukuran 50mm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 50mm daripada birai
bawah.
Rujuk Lampiran A
(b)
Tulang
Kulit
Maklumat pada ruang ‘tulang laporan akhir’ hendaklah dicetak dengan jenis
dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan akhir dan
hendaklah mengikut susunan berikut:
OUM
Nama Calon
Ijazah
Tahun
50mm 50mm
6.
TERTIB SUSUNAN KANDUNGAN LAPORAN AKHIR
Susunan dalam
kandungan laporan akhir hendaklah mengikut tertib seperti berikut:
MUKA
SURAT TAJUK
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ISI
KANDUNGAN
SENARAI
JADUAL
SENARAI
RAJAH
RUJUKAN
LAMPIRAN
Nota: Bagi setiap perkara tersebut di atas sila rujuk contoh pada Lampiran A hingga Lampiran H.
(a)
MUKA SURAT TAJUK
Muka Surat Tajuk
hendaklah mengandungi maklumat berikut:
Tajuk Kajian
Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera
pada kad pengenalan)
Tujuan Tesis/ Laporan Akhir dikemukakan
Nama Fakulti
Nama Universiti
Lokasi Universiti berdaftar
Tahun (penyerahan laporan akhir
kepada universiti)
Rujuk Lampiran B
(b)
PENGAKUAN
Merupakan suatu pernyataan bertulis yang menyatakan bahawa laporan akhir
atau disertasi merupakan hasil kerja yang ditulis atau yang dihasilkan adalah
karya asli pengkaji. Pengakuan hendaklah ditaip ditengah-tengah halaman dalam
satu halaman baru selepas halaman judul.
Nota: Adalah diwajibkan setiap calon menandatangani
pengakuan.
Rujuk Lampiran C
(c)
PENGHARGAAN
Merupakan
penghargaan penulis terhadap individu atau kumpulan tertentu yang telah
bekerjasama memberikan sumbangan atau sokongan dalam penyelidikan secara
langsung atau tidak langsung. Penghargaan hendaklah tidak terlalu panjang dan
tidak melebihi daripada satu muka surat.
Rujuk Lampiran D
(d)
ABSTRAK
Umumnya, penulisan
abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan kritikan. Penulisan abstrak seharusnya
tidak mengubah maksud, keputusan dan maklumat dalam laporan akhir.
Abstrak biasanya merangkumi
maklumat seperti:
i.
Objektif
dan matlamat kajian
ii.
Pengkaedahan
dan teknik kajian beserta kegunaannya
iii.
Dapatan
kajian
Nota: Panjang penulisan abstrak hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan.
Rujuk Lampiran E
(e)
ISI KANDUNGAN
Merupakan senarai
topik atau subtopik yang terdapat dalam kandungan laporan akhir yang disusun
selaras mengikut hierarki beserta nombor muka surat.
Rujuk Lampiran F
(f)
SENARAI JADUAL
Digunakan bagi
menyenaraikan semua tajuk jadual yang terdapat dalam penulisan laporan akhir
dan disusun berturutan mengikut muka surat.
Rujuk Lampiran G
Nota:
- Pelajar adalah digalakkan membuat rujukan di
mana-mana perpustakaan atau pusat sumber bagi melihat sendiri tesis-tesis
yang telah dihasilkan.
LAMPIRAN A
CONTOH KETERANGAN PADA MUKA HADAPAN
TESIS
50 mm
MENGGUNAKAN MAPLE UNTUK PENGAJARAN
GRAF FUNGSI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4, SMK TUNG HUA, SIBU, SARAWAK
NORIHAN
BINTI HARUN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
2010
50 mm
LAMPIRAN B
CONTOH MUKA SURAT TAJUK/MUKA DEPAN
50 mm
MENGGUNAKAN MAPLE UNTUK PENGAJARAN
GRAF FUNGSI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4, SMK TUNG HUA, SIBU, SARAWAK
NORIHAN
BINTI HARUN
LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK
MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT
MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA
PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN
DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2010
50 mm
LAMPIRAN C
CONTOH
PENGAKUAN
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tarikh___________
Tandatangan
Nama Calon
Nombor Matrik
ATAU, sekiranya ditulis dalam bahasa
Inggeris, pengakuan adalah ditulis
seperti berikut:
DECLARATION
I
hereby declare that the work in this thesis is my own except for quotations and
summaries
which have been duly acknowledged.
Date___________ Signature
Name
Matrik No.
LAMPIRAN D
CONTOH PENGHARGAAN
ACKNOWLEDGEMENT
Alhamdullillah, at last this academic paper is finally
completed in spite of all the delay and obstacle faced. I wish to express my
gratitude to my supervisor his supervision and guidance and most appreciated
encouragement. To the headmaster of S.M.K. Dato’ Onn, a warm thank you for
allowing me to carry out the test instrument in your school. To the English
teacher and students (Form One Permata) of the school, my gratitude to them for
their co-operation and assistance in carrying out the test instrument…….
LAMPIRAN E
CONTOH ABSTRAK
ABSTRACT
Each teacher has his or her style of teaching that
provides the most effective way to help students grasp the desired learning
concepts. This research is to determine whether using language games can
improve students’ vocabulary in Form One classroom. Do the usages of games help students to improve their vocabulary? Are the
usages of games improving the student’s
interest in learning English? Do the usages of games improve the student’s
motivation in learning English? One point that teachers agree on is that
teaching vocabulary to student needs to be an active process that engages
students in entertaining activities and helps them build a bridge between
already known vocabulary and the new vocabulary. For this purpose…………
LAMPIRAN F
CONTOH ISI KANDUNGAN
50 mm
ISI KANDUNGAN
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN ...
SENARAI LAMPIRAN ...
SENARAI RAJAH ...
SENARAI JADUAL ...
BAB SATU: PERNYATAAN MASALAH
KAJIAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 ............. 2
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 83
LAMPIRAN G
CONTOH
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
3.1 Jadual kekerapan kecemerlangan 45
3.2 Penilaian sumatif oleh guru bagi bulan 1
hingga 5 53
3.3 Hasil analisis penentuan kelayakan murid 55
LAMPIRAN H
FORMAT UKURAN MUKA SURAT
30 mm
40
mm
25 mm
25 mm
Terima kasih.
BalasPadamPanduan yang sangat membantu saya dalam memulakan malaysian thesis online