MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
1. PENGENALAN
Noam
Chomsky telah menakrifkan tatabahasa sebagai kumpulan sistem yang harus
dipatuhi oleh pengguna sebagai sesuatu bahasa dan ia menjadi dasar yang harus
dipatuhi dalam menjamin keindahan, kemantapan bahasa agar lebih gramatis sama
ada dalam pertuturan dan tulisan.
Dewan
Bahasa Dan Pustaka telah menyatakan tatabahasa ada dua sudut iaitu bagaimana
perkataan – perkataan dibentuk daripada bunyi – bunyi bahasa dan penyusunan perkataan – perkataan menjadi ayat.
Perkataan – perkataan tersebut morfologi manakala huraian ayat dikenali sebagai
sintaksis.
Yang
jelasnya tentang tatabahasa adalah merupakan satu teori atau kaedah yang harus
diatur dengan tepat, lengkap dan mudah difahami. Susunan perkataan – perkataan
menjadi ayat yang gramatis. Dalam bidang tatabahasa tiga bidang utama iaitu
sintaksis, semantic dan fonologi. Sistem tatabahasa amat penting dalam mengolah
ayat yang betul dan tatabahasa digunakan oleh pengguna bahasa dalam membina
ayat yang betul.
Tatabahasa
amat penting dalam pembentukan ayat kerana kita dapat menghuraikan peraturan-
peraturan dan aliran – aliran yang terdapat dalam tatabahasa. Tatabahasa diajar
di sekolah supaya murid – murid mengetahui tentang sistem bahasa agar mereka
tahu cara penggunaan tatabahasa dalam pertuturan dan penulisan.
2.
DEFINISI
Banyak
definisi telah dibuat oleh ahli – ahli dan pakar – pakar bahasa mengenai maksud
tatabahasa. Menurut Abdullah Hassan, beliau telah membuat definisi tatabahasa
sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Setiap perkataan di dalam ayat
mempunyai makna.
Menurut
Siti Hajar pula, beliau mengatakan tatabahasa adalah peraturan – peraturan,
iaitu cara perkataan – perkataan disusun dan dicantum dengan pelbagai perkataan
untuk membentuk ayat – ayat yang gramatis.
Tatabahasa
ialah pengumpulan perkataan dan proses pembinaan ayat. Dalam ayat pula
terkandung deretan perkataan yang membawa makna. Perkataan – perkataan wujud
hasil daripada golongan bunyi – bunyi menjadi sukukata dan seterusnya menjadi
perkataan.
3.
HURAIAN
TENTANG MORFOLOGI
Morfologi
bermaksud mengkaji perkataan – perkataan yang dibina. Lyons (1999 ) telah
mendefinisikan morfologi merupakan bidang yang mengkaji sstruktur dalam bentuk
kata- kata manakala Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008 ) telah menakrifkan
bidang ini untuk mengkaji kata imbuhan terbitan pemajmukan.
Dalam tatabahasa banyak terdapat sistem
yang menjadi dasar dalam penggunaanbahasabaik melalui pertuturan atau penulisan.
Sistem – sistem ini yang akan menjadi konsep dalam tatabahasa.
3.1
Kata
Nama.
Kata
Nama merujuk kepada nama orang, benda, tempat dan perkara. Ianya terbahagi
kepada tiga jenis Kata Nama. Kata nama Khas merujuk kepada nama khusus sesuatu.
Sebagai contoh nama orang iaitu Hamden Bin Abu Bakar. Kata Nama bagi hidupan
dan manusia. Misalnya Jalak, Si Comel dan sebagainya. Yang ketiga Kata nama
Khas tidak hidup contohnya Proton,Jalan Kenari, Hotel Laila Inn dan sebaginya.
3.2
Kata
Nama Am.
Kata
Nama Am merujuk kepada benda dan perkara yang umum sifatnya. Kata Nama Am
terbahagi kepada dua jenis iaitu :
A. 3.2.1
Kata Nama Abstrak berkonsepkan sesuatu yang bukan kebendaan. Contohnya laut,
angin dan sebagainya.
B. 3.2.2
Kata Nama Am Konkrit pula berkonsepkan kebendaan.
3.3
Kata
Ganti Nama.
Kata
Ganti Nama terbahagi kepada dua bahagia iaitu :
3.3.1
Kata
Ganti Nama Tunjuk.
Kata
ganti nama ini adalah berkisar kepada perkara, benda dan tentang kedudukan sama
ada dekat atau jauh. Itu digunakan untuk menunjukkan kedudukan yang jauh
manakala ini digunakan benda yang jauh.
3.3.2
Kata
Ganti Nama Diri .
Kata
Ganti Nama Diri terbahagi kepada iaitu Kata Ganti Nama Diri Tanya dan Kata
ganti Nama Orang.Kata ganti ini untuk menggantikan benda, perkara dan manusia.
3.3.3
Kata
Ganti Nama Diri Tanya.
Kata
Ganti Nama Diri Tanya berfungsi untuk mengetahui atau bertanya tentang hal,
perkara dan manusia. Siapa, apa dan mana ilah kata nama yang digunakan. Kata
Tanya siapa digunakan untuk merujuk orang, kata Tanya apa untuk perkara
manakala kata Tanya mana digunakan untuk benda.
3.3.4
Kata
Ganti Nama Diri Orang.
Kata
Ganti Nama Orang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kata Ganti Nama Diri
Pertama contohnya saya, beta,aku dan patik. Kata Ganti Nama Diri Kedua pula
contohnya saudara, awak dan engkau manakala yang ketiga ialah beliau, mereka
dan sebagainya.
3.4
Kata
Kerja.
Kata
Kerja berfungsi untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau situasi yang berlaku.
Ianya terbahagi kepada dua iaitu :
3.4.1
Kata
Kerja Transitif
Kata
Kerja Transitif telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Kata Kerja Transitif
Aktif dan Kata Kerja Transitif Pasif.Contoh ayat dalam Kata Kerja Transitif
Aktif. Ramlah memotong kek yang baru dibuatnya. Dalam kata kerja ini kata kerja
mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud ayat. Kata kerja ini juga
menerima imbuhan ‘men’ tanpa akhiran ‘kan’ dan ‘i’. Contoh perkataannya adalah
menjahit, mencuci, mencuba dan mencubit.Contoh ayatnya, Salmah menjahit langsir
di dalam biliknya. Tranformasi yang dibuat atas kata kerja dalam ayat aktif ini
dapat menukarkan ayat Kata Kerja Kerja Transitif aktif menjadi Ayat Kata Kerja
Transitif Pasif. Contohnya mencubit bertukar menjadi dicubit dan menjahit
menjadi dicubit.
Perkataan
yang asalnya bukan kata kerja apabila ditambah dengan imbuhan. Contohnya
perkataan yang bukan kata kerja yang ditambah dengan imbuhan menjadi kata kerja
ialah tin menjadi mengetin dan cat menjadi mengecat. Dalam ayat yang
mengandungi kata kerja transitif mesti ada dua kata nama yang terbabit dalam
susunan ayat tersebut. Yasuf melastik burung pipit. Yasuf dan burung pipit
ialah Kata Nama manakala melastik ialah Kata Kerja Transitif. Di samping itu
dalam Kata Kerja Transitif wujud dua keadaan iaitu konsep objek tepat dan objek
sipi. Contoh ayat bagi menerangkan tentang konsep tepat dan sipi. Ayah
menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah. Sebagai penerangannya,
menghadiahkan ialah Kata Kerja Transitif, kereta mewah merupakan objek tepat
dan isterinya ialah objek sipi.
3.4.2 Kata Kerja Tak Transitif.
Kata
Kerja Tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya. Kata Kerja tak transitif terbahagi kepada dua.
Kata
Kerja Tak Transitif yang pertama ialah Kata Kerja Tak Transitif Tidak
Berpelengkap.Maksudnya kata kerja ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa
sokongan sebagai pelengkap. Kata kerja ini juga tidak perlu ditambah imbuhan
pada awalan dan akhirannya. Contohnya, Ayah tidur. Dalam ayat ini tidak ada
jawapan bagi ayat tersebut.
Kata
Kerja Kerja Tak Transitif Berpelengkap memerlukan pelengkap untuk melengkapkan
maksud ayat supaya ayat menjadi lebih gramatis didengar atau dibaca. Dengan
menjadikan ayat itu lebih gramatis dapat menerangkan maksud sebenar ayat. Ada
empat pelengkap sebagai penerangan untuk merujuk tentang masa, tempat, cara dan
sebab. Kata kerja duduk boleh diambil sebagai contoh untuk menerangkan tentang
waktu duduk, cara duduk, tempat duduk dan sebab duduk. Kata kerja hanya dapat
dijadikan kata dengan kata bantu dan diberi imbuhan tertentu sepero imbuhan
‘ber’, ‘me’ ,-kan dan ‘di’.
3.5
Kata
Sifat.
Kata Sifat adalah menerangkan dan
menceritakan sifat – sifat benda dan sifat – sifat perbuatan tersebut. Ada
Sembilan Kata Sifat yang terkandung dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitu seperi
di bawah :
A. Kata
Sifat Keadaan. Ianya menerangkan keadaan yang terdapat dalam Kata Nama. Contohnya ialah anjing gila dan gadis
cantik.
B. Kata
Sifat Warna. Kata Sifat Warna digunakan untuk menerangkan warna untuk Kata
Nama. Contohnya laut biru dan awan hitam.
C. Kata
Sifat Ukuran. Bagi Kata Sifat Ukuran digunakan untuk merujuk kepada ukuran
untuk Kata Nama bagi menerangkan tentang maksudnya. Contoh Kata Sifat Ukuran
iaitu daun lebar dan pisau tajam.
D. Kata
Sifat Bentuk. Mata sepet dan bola bulat adalah contoh bagi kata sifat ini.
Bentuk sesuatu Kata Nama yang mahu diterangkan.
E. Kata
Sifat Jarak. Kata Sifat jarak merujuk kepada ruang atau kedudukan. Contohnya
saudara dekat dan jalan pintas.
F. Kata
Sifat Waktu. Masa digunakan sebagai elemen – elemen untuk membuat penerangan.
Contohnya kawan lama .
G. Kata
Sifat Cara. Perangai atau tingkahlaku Kata Nama.
H. Kata
Sifat Perasaan. Untuk menjelaskan konsep perasaan dalam sesuatu Kata Nama.
Rindu akan abang.
I. Kata
Sifat pancaindera. Merujuk kepada lima pancaindera utama iaitu mata, telinga,
tangan, hidung dan lidah. Ianya akan menimbulkan rasa sedap, busuk, kasar,
nyaring, harum dan sebagainya.
Sebagai panduan untuk mengenali Kata
Sifat ianya boleh berganding dengan kata penguat. Contohnya amat licin dan
sangat tampan dan ditambah imbuhan ‘ter’ dan ‘se’. Contohnya ‘ tercantik dan
‘semerdu’.
3.6
Kata
Tugas.
Kata Tugas tidak mempunyai makna
tetapi amat penting di dalam sesuatu ayat. Kata tugas boleh menjadi penghubung,
penguat, pembantu dan sebagainya. Ada 16 jenis Kata Tugas . Antaranya ialah
kata hubung, kata naïf, kata seru dan sebagainya. Kata Tugas boleh kita bahagikan
kepada empat kategori :
3.6.1
Kata
Penyambung Ayat.
Kata hubung digunakan untuk menyambung
ayat – ayat menjadi ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk.
Contoh
ayat : Ali berenang di dalam kolam.
Ali menyelam di dalam kolam.
Ali berenang sambil
menyelam menyelam di dalam kolam.
3.6.2
Kata
Tugas Praklausa.
Kata Tugas Praklausa terletak di
hadapan klausa. Kata Tugas dalam kata ini ialah seperti berikut:
A.
Kata
Seru.
Kata Seru berfungsi untuk membina
pelbagai ayat dalam melahirkan pelbagai perasaan. Contohnya kata seru aduh,
cis, amboi dan sebagainya. Contoh ayat. Cis, berani kau menentang aku !
B. Kata Tanya.
Kata Tanya digunakan untuk
mendapatkan maklumat sesuatu contoh kata soal ialah siapa, mengapa, berapa dan
sebagainya. Contoh ayat. Mengapakah cikgu sangat gembira mendengar pengumuman daripada Perdana
Menteri ?
C. Kata Perintah.
Kata Perintah dilafazkan untuk
menimbulkan rangsangan atau tindakbalas. Kata Perintah boleh menimbulkan nada –
nada yang berbeza seperti nada perintah, larangan, arahan dan silaan. Contoh
ayat. Jangan panjat pokok kelapa itu. Tolong ambil penyapu di Pejabat Am.
D.
Kata
Pembenar.
Kata Pembenar adalah untuk
mengesahkan ( kebenaran ) sesuatu pertanyaan yang tlah dibuat. Jawapan yang
digunakan Ya, Benar dan Betul. Contoh ayatnya. Benar kata Wan Malik tadi.
E. Kata pangkal Ayat.
Kata pangkal ayat hadir pada
permulaan ayat. Ianya digunakan sebagai kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh
perkataannya adalah hatta, maka, adapun dan sebagainya.
3.6.3
Kata
Prafrasa
Kata Prafrasa terletak di bahagian
hadapan frasa dan bertugas untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan
dan sebagainya. Ada lapan jenis Kata Prafrasa sebagai Kata Bantu.
A. Berfungsi
sebagai Kata Bantu aspek kepada Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi
Nama dalam menerangkan aspek waktu iaitu sedang, sudah dan yang akan dilakukan.
Perkataan – perkataan yang ialah telah, sudah, pernah,sedang, masih, akan dan
sebagainya.
B. Kata
Bantu Ragam. Ianya menerangkan tentang kemahuan atau kehendak dan perasaan
pelaku yang melakukan perbuatan tersebut. Perkataan – perkataan yang digunakan
seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.
C. Kata
Penguat. Kata Penguat hanya digunakan untuk menguatkan lagi Kata Adjektif yang
kita gunakan seperti terlalu ganas, paling kaya, cantik sekali dan banyak lagi.
D. Kata
Penegas. Kata penegas juga dikenali sebagai Kata Partikel yang berfungsi untuk
member penekanan pada bahagian – bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya –kah,
-tah, dan –lah.
E. Kata
Nafi. Kata Nafi adalah menjadi unsur – unsur yang terkandung dalam frasa –
frasa prediket yang terdiri daripada Frasa Nama, kerja, adjektifdan sendi nama.
Kata Nafi ada dua iaitu ‘ Bukan’ dan ‘Tidak’.
F. Kata
Pemeri. Kata Pemeri menerangkan tentang peristiwa atau penghubung antara dua
subjek dengan frasa – frasa utama yang terdapat dalam ayat. Contoh ayat. Nama
kawan saya ialah Aminudin. Menabung adalah baik untuk masa depan.
G. Kata
Sendi Nama. Kata Sendi Nama terletak di bahagian hadapan Frasa Sendi Nama. Kata
Sendi’di’, ‘ke’, ‘dari’ dan sebagainya. Contoh ayatnya. Pak Abu berasal dari
Kalimantan Barat. Pak Abu tinggal di Kampung Jawa. Pak Abu pergi ke Pulau Jawa.
H. Kata
Arah. Digunakan untuk menerangkan perkataan yang digunakan sebelum frasa nama.
Contohnya ‘ atas meja dan ‘ tepi sungai’ .
I. Kata
Bilangan. Untuk menerangkan tentang jumlah pada frasa nama. Contoh perkataan
lima puluh, semua, banyak, masing – masing dan sebagainya.
3.7
Kata
Pasca.
Kata Pasca digunakan di hujung ayat
untuk member penekanan dan penerangan kata yang bergabung dengannya. Contoh
ayat yang boleh menerangkan penggunaan Kata Pasca dengan kata nama dan bukan
kata nama. Contoh – contoh ayat :
1. Disiplin
pelajar sesungguhnya semakin merosot.
2. Beratnya
150 kilogram.
Berdasarkan
daripada huraian tentang konsep tatabahasa yang telah dibuat, maka pelbagai
jenis ayat terbentuk seperti ayat aktif, ayat Tanya, ayat nafi, ayat seru dan
sebagainya. Tanda baca seperti koma, noktah, soal, seru dan struktur ayat
merupakan aspek yang terkandung dalam aspek tatabahas.
4.
HURAIAN
KONSEP SINTAKSIS
Sintaksis
adalah untuk mengkaji ayat, iaitu ketepatan susunan ayat dalam sesuatu
peraturan penulisan. Sintaksisi berasal dari perkataan Yunani. Sun membawa
maksud ‘dengan’ manakala ‘ tattein’ bermaksud menempatkan bersama. Ini
bermaksud kata – kata ditempatkan secara bersama – sama untuk menghasilkan
kelompok kata atau ayat.
Asmah
( 1998 ) mengatakan sintaksis adalah pembentukan ayat iaitu bahagian Linguistik
Deskriptif dan Sinkoronis yang mempelajari komninasi dan gabungan kata – kata
dalam rangkai kata dan ayat. Ini bermakna pertalian gramatis antara kata – kata
dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Ianya
juga salah satu struktur dalaman iaitu cara ayat dibina. Morfologi dan
sintaksis saling bergantung antara satu
sama lain.
Ciri
– ciri yang terdapat dalam tatabahasa merupakan satu sistem yang ada tugas –
tugas tertentu, berstruktur mengikut pola – pola tersendiri di samping sebagai
pendukung tugas struktur yang berbeza peranannya. Dengan ada sistem tatabahasa
maka terbentuklah 5 tatingkat dengan didahului ayat, klausa, frasa, kata
dan morfem.
4.1 Binaan
Ayat.
Sesebuah
ayat mengandungi satu subjek ( pelaku ) dan satu predikat ( cerita ). Subjek
adalah perkara yang hendak diterangkan yang merujuk kepada orang, benda, tempat
dan perkara manakala frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja dan kata adjektif
yang berkuasa nama. Contoh ayat bagi menerangkan keadaan tersebut.
1. Beliau
melancong ke Hong Kong.
2. Mesin
itu sudah rosak.
3. Merempit
membahayakan keselamatan.
4. Besarnya
hidung anak orang itu.
Beliau
ialah kata nama dan subjek dalam ayat melancong ke Hong Kong sebagai predikat.
Predikat adalah satu kumpulan perkataan – perkataan dalam satu frasa dan
berfungsi untuk menerangkan subjek. Jadi predikat hanya untuk menerangkan
tentang tiga perkara iaitu perkara tentang orang, benda dan perkara yang
terdapat dalam subjek. Dalam ayat ini frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif
dan frasa sendi boleh menjadi predikat. Contoh ayat yang menerangkan frasa di
atas sebagai predikat.
1. Koden
seorang wartawan.
2. Datuk
mengelap cermin kereta.
3. Ladang
kelapa sawit itu sangat luas.
4. Derma
itu daripada Yang Berhormat.
4.2
Frasa
Frasa
terdiri daripada satu perkataan dan boleh berkembang menjadi unit yang lebih
besar. Contoh – contohnya :
1. Frasa
dengan satu perkataan. Conto frasa : Saya pelakon.
2. Frasa
dengan dua atau lebih perkataan. Contoh frasa : Perempuan itu pelakon.
Jenis
– jenis frasa adalah seperti berikut :
4.2.1
Frasa
Nama.
Dalam
Frasa Nama perkataan daripada Kata Nama, Kata Nama Terbitan dan Kata Ganti Nama
digunakan. Contoh frasa :
1. Kain
merah – Kata Nama
2. Pelancong
itu – Kata Nama Terbitan.
3. Kamu
semua – Kata Ganti Nama.
Frasa
Nama boleh menjadi ayat dasar ( inti ) dan
penerang kepada ayat dasar. Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan
perkataan yang ada hubungan antara perkataan – perkataan iaitu sebagai inti dan
penerang.
A.
Sebagai
inti dan penerang.
Contoh
ayat : Ibu tunggal beranak empat itu sedang menasihati anak – anaknya. Ibu
tunggal merupakan inti beranak empat sebagai penerangan .
B.
Sebagai
inti dan inti.
Contoh : Kerusi meja perlu disusun
. ( Frasa Nama dan Frasa Kerja )
4.3
Frasa
Kerja.
Frasa
kerja terhasil daripada Kata Kerja Tak Transitif iaitu perkataan yang menjadi
predikat. Frasa Kerja dibahagikan kepada dua :
A. Frasa
Kerja yang tidak mengandungi objek dan tidak memerlukan Kata Nama sebagai untuk
melengkapkannya. Contoh frasa : Ali menjerit. ( Frasa Nama + Frasa Kerja ). Frasa
Kerja yang mengandungi objek selepas Kata Kerja untuk melengkapkan Frasa
Adjektif.
B. Kata
Kerja Transitif digunakan dalam melengkapkan frasa , di mana objek Kata nama
diperlukan dengan diikuti dengan penerangan. Contohnya : Batak menjala udang di
sungai. Udang merupakan objek dan di sungai sebagai penerang.
4.4
Frasa
Adjektif.
Frasa
Adjektif terbentuk dari satu perkataan atau lebih yang ada mengandungi Kata
Adjektif. Kata Adjektif berfungsi
sebagai penerang ( predikat ). Ianya hadir selepas Kata Kerja manakala Kata
Adjektif hadir selepas Kata Nama. Frasa Adjektif hadir dalam satu perkataan.
Kombinasi dua Kata Adjektif dibahagikan kepada iaitu ada unsure – unsur :
A. Yang
merujuk kepada keserasian makna. Contohnya: cantik molek, comel lote,
bijak
B. Yang
merujuk kepada makna yang bertentangan. Contohnya : untung rugi, menang kalah
dan pasang surut.
C. Yang
merujuk kepada keindahan bunyi ritma. Contohnya : lemah gemalai.
Kata
Penguat juga boleh digunakan dalam
keadaan tertentu. Contoh – contoh :
A. Hadir
di hadapan : Paling nakal, amat bodoh.
B. Hadir
di belakang : Mahal sekali, laju betul.
C. Hadir
sebagai kiasan : Besar hati, keras kepala.
D. Hadir
berderetan : Sungguh menawan sekali, belum panas lagi.
4.5
Frasa
Sendi Nama.
Frasa
Sendi Nama terdiri daripada satu Sendi Nama dan Frasa Nama yang berperanan
sebagai pelengkap kepada Sendi Nama itu. Frasa Sendi Nama hanya boleh terbentuk
melalui empat kaedah :
A. Sendi
Nama + Frasa Nama . Contoh : di kebun.
B. Sendi
Nama + Kata Nama + Kata Arah + Frasa Nama. Contoh : di tepi padang.
C. Sendi
Nama + Kata Sendi Arah + Frasa Nama + Ayat Kompemen. Contoh : ke tengah untuk
bermain bola.
D. Sendi
Nama + Kata Nama Adjektif + Frasa Keterangan. Contoh : di hujung kampung pada
tiap – tiap tahun.
4.6
Ayat.
Dalam
pertuturan dan tulisan bahasa Melayu ada empat jenis ayat. Ayat – ayat tersebut
adalah seperti di bawah :
4.6.1
Ayat
Penyata.
Ayat penyata digunakan untuk
menerangkan satu pernyataan dan keterangan tentang sesuatu kejadian dalam
bentuk lisan dan bertulis. Nada pengucapan yang digunakan nada turun sebelum
kesenyapan ( lisan ) dan diakhiri dengan tanda noktah. Tiga contoh Ayat
Penyata.
1. Hamizan
guru agama.
2. Bustamam
menjolok buah jambu.
3. Penagih
dadah itu dihantar ke Pusat Serenti.
4.6.2
Ayat
Tanya.
Ayat
ini digunakan untuk menanyakan tentang perkara, tempat, benda, jumlah, sebab
dan sebagainya. Bentuknya sama dengan Ayat Penyata Cuma yang membezakannya
ialah Ayat Tanya diakhiri tanda soal bukan tanda noktah. Untuk bertanya nada
tinggi hendaklah digunakan dengan member penekanan apada akhir ayat sebagai
tanda untuk menarik perhatian dan respons daripada pendengar. Ayat Tanya boleh
dibina tanpa menggunakan kata soal.
4.7
Ayat
Perintah.
Ayat
Perintah digunakan untuk perbuatan menyuruh, melarang, mermpersilakan, meminta
dan sebagainya . Ada empat jenis Ayat Perintah iaitu :
4.7.1
Ayat
Suruhan.
Dilafazkan
untuk member arahan atau perintah. Contoh – contoh ayat.
1. Hantarkan
tugasan kamu.
2. Sila
kosongkan bilik ini.
4.7.2
Ayat
Larangan.
Digunakan
ketika membuat tegahan dan larangan. Ianya ditambah dengan kata jangan, usah
dan tak usah. Kata – kata ini hendaklah diletak di depan. Contoh – contoh ayat
:
1. Jangan
bermain di situ.
2. Usah
bersedih jika aku pergi.
3. Awak
tak usah datang lagi.
4.7.3
Ayat
Silaan
Fungsinya
adalah untuk untuk membuat jemputan dan silaan kepada seseorang. Perkataan
sila,sudi dan jemput digunakan. Perkataan – perkataan ini hendaklah digunakan
sebelum Kata Kerja. Contoh – contoh ayat :
1.Sila
datang ke pejabat saya.
2.
Jemput makan.
4.7.4
Ayat
Permintaan.
Kata
permintaan digunakan dalam ayat permintaan seperti tolong, minta, mohon bagi
mendapatkan pertolongan atau permintaan. Contoh – contoh ayat.
1. Tolong
gulung tikar.
2. Minta
kamu semua bersabar.
4.7.5
Ayat
Seruan.
Ayat
seruan diadakan untuk melahirkan sesuatu
perasaan seperti takut, geram,marah, sakit, takjub dan sebagainya. Pada
penghujung ayat dibubuh tanda seruan ( ! )bagi menggambarkan ayat tersebut.
Contoh kata seruan ialah oh, cis, aduh, amboi dan sebagainya. Contoh – contoh
ayat :
1. Amboi,
garangnya wanita itu !
2. Nah,
terimalah tikaman aku ini !
3. Aduh,
sakitnya perut aku nini !
4.7.6
Ragam
Ayat.
Ragam
ayat mengandungi dua jenis ayat iaitu Ayat Aktif dan Ayat Pasif.
A.
Ayat
Aktif.
Dalam Ayat Aktif
subjek asal dijadikan unsure – unsure yang mahu diterangkan. (Subjek + KK +
Objek ) Contoh ayat:
1. Yasuf
mencukur misai.
2. Syafiqah
mengarang cerita itu.
B.
Ayat
Pasif.
Dalam Ayat Pasif objek asal diutamakan. ( Objek +
Kata Kerja + Subjek ) Contoh – contoh ayat :
1. Misai
dicukur oleh Yasuf.
2. Cerita
itu dikarang oleh Syafiqah.
4.8
Ayat
Majmuk.
Ayat majmuk terbentuk dengan gabungan beberapa ayat
dengan cara – cara tertentu untuk menjadi satu ayat. Jenis – jenis Ayat Majmuk
:
4.8.1
Ayat
Majmuk Gabungan. Contohnya :
Saya dan dia bermain congkak. (Ayat
Majmuk )
Saya bermain congkak. ( Ayat
Tunggal )
Dia bermain congkak.
4.8.2
Ayat
Majmuk Pancangan.
4.8.1.1
Ayat
Majmuk Pancangan Relatif.
Terdiri daripada ayat induk dan
beberapa ayat kecil digabung menjadi satu ayat majmuk. Contoh ayat :
Saya memakai topi yang berwarna kuning.
( Ayat Majmuk Pancangan )
Saya memakai topi. Topi itu berwarna
kuning. (Ayat Tunggal )
4.8.1.2
Ayat
Majmuk Pancangan Komplemen. ( Bahawa )
Contoh ayat. Ali telah mengetahui
bahawa Cikgu Lena telah berpindah.
1. Ali
mengetahui 2. Cikgu Lena telah berpindah.
2. Ayat
Majmuk Pancangan Keterangan.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
mesti dinyatakan sebab kejadian. Untuk menerangkan punca kejadian kata hubung
‘kerana’ digunakan. Contoh ayat :
1. Jalani
tidak dapat bermain bola.
2. Jalani
sakit kaki.
Jalani tidak dapat bermain bola kerana
dia sakit kaki.
Sangat sesuai untuk nota pengajian dalam Bahasa Malaysia erutamanya.
BalasPadamsuatu maklumat bahasa yang sangat bermakna...
BalasPadamTahniah...bahan cikgu boleh membantu sy dlm mencari bahan
BalasPadam