Rabu, 7 November 2012


MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

 

1.      PENGENALAN

Noam Chomsky telah menakrifkan tatabahasa sebagai kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna sebagai sesuatu bahasa dan ia menjadi dasar yang harus dipatuhi dalam menjamin keindahan, kemantapan bahasa agar lebih gramatis sama ada dalam pertuturan dan tulisan.

Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menyatakan tatabahasa ada dua sudut iaitu bagaimana perkataan – perkataan dibentuk daripada bunyi – bunyi bahasa dan penyusunan             perkataan – perkataan menjadi ayat. Perkataan – perkataan tersebut morfologi manakala huraian ayat dikenali sebagai sintaksis.

Yang jelasnya tentang tatabahasa adalah merupakan satu teori atau kaedah yang harus diatur dengan tepat, lengkap dan mudah difahami. Susunan perkataan – perkataan menjadi ayat yang gramatis. Dalam bidang tatabahasa tiga bidang utama iaitu sintaksis, semantic dan fonologi. Sistem tatabahasa amat penting dalam mengolah ayat yang betul dan tatabahasa digunakan oleh pengguna bahasa dalam membina ayat yang betul.

Tatabahasa amat penting dalam pembentukan ayat kerana kita dapat menghuraikan peraturan- peraturan dan aliran – aliran yang terdapat dalam tatabahasa. Tatabahasa diajar di sekolah supaya murid – murid mengetahui tentang sistem bahasa agar mereka tahu cara penggunaan tatabahasa dalam pertuturan dan penulisan.

 

2.      DEFINISI

Banyak definisi telah dibuat oleh ahli – ahli dan pakar – pakar bahasa mengenai maksud tatabahasa. Menurut Abdullah Hassan, beliau telah membuat definisi tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Setiap perkataan di dalam ayat mempunyai makna.

Menurut Siti Hajar pula, beliau mengatakan tatabahasa adalah peraturan – peraturan, iaitu cara perkataan – perkataan disusun dan dicantum dengan pelbagai perkataan untuk membentuk ayat – ayat yang gramatis.

Tatabahasa ialah pengumpulan perkataan dan proses pembinaan ayat. Dalam ayat pula terkandung deretan perkataan yang membawa makna. Perkataan – perkataan wujud hasil daripada golongan bunyi – bunyi menjadi sukukata dan seterusnya menjadi perkataan.

 

 

 

 

3.      HURAIAN TENTANG MORFOLOGI

Morfologi bermaksud mengkaji perkataan – perkataan yang dibina. Lyons (1999 ) telah mendefinisikan morfologi merupakan bidang yang mengkaji sstruktur dalam bentuk kata- kata manakala Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008 ) telah menakrifkan bidang ini untuk mengkaji kata imbuhan terbitan pemajmukan.

    Dalam tatabahasa banyak terdapat sistem yang menjadi dasar dalam penggunaanbahasabaik melalui pertuturan atau penulisan. Sistem – sistem ini yang akan menjadi konsep dalam tatabahasa.

 

3.1    Kata Nama.

Kata Nama merujuk kepada nama orang, benda, tempat dan perkara. Ianya terbahagi kepada tiga jenis Kata Nama. Kata nama Khas merujuk kepada nama khusus sesuatu. Sebagai contoh nama orang iaitu Hamden Bin Abu Bakar. Kata Nama bagi hidupan dan manusia. Misalnya Jalak, Si Comel dan sebagainya. Yang ketiga Kata nama Khas tidak hidup contohnya Proton,Jalan Kenari, Hotel Laila Inn dan sebaginya.

 

3.2    Kata Nama Am.

Kata Nama Am merujuk kepada benda dan perkara yang umum sifatnya. Kata Nama Am terbahagi kepada dua jenis iaitu :

A.    3.2.1 Kata Nama Abstrak berkonsepkan sesuatu yang bukan kebendaan. Contohnya laut, angin dan sebagainya.

B.     3.2.2 Kata Nama Am Konkrit pula berkonsepkan kebendaan.

 

3.3    Kata Ganti Nama.

Kata Ganti Nama terbahagi kepada dua bahagia iaitu :

3.3.1        Kata Ganti Nama Tunjuk.

Kata ganti nama ini adalah berkisar kepada perkara, benda dan tentang kedudukan sama ada dekat atau jauh. Itu digunakan untuk menunjukkan kedudukan yang jauh manakala ini digunakan benda yang jauh.

3.3.2        Kata Ganti Nama Diri .

Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada iaitu Kata Ganti Nama Diri Tanya dan Kata ganti Nama Orang.Kata ganti ini untuk menggantikan benda, perkara dan manusia.

 

3.3.3        Kata Ganti Nama Diri Tanya.

Kata Ganti Nama Diri Tanya berfungsi untuk mengetahui atau bertanya tentang hal, perkara dan manusia. Siapa, apa dan mana ilah kata nama yang digunakan. Kata Tanya siapa digunakan untuk merujuk orang, kata Tanya apa untuk perkara manakala kata Tanya mana digunakan untuk benda.

3.3.4        Kata Ganti Nama Diri Orang.

Kata Ganti Nama Orang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama contohnya saya, beta,aku dan patik. Kata Ganti Nama Diri Kedua pula contohnya saudara, awak dan engkau manakala yang ketiga ialah beliau, mereka dan sebagainya.

 

3.4    Kata Kerja.

Kata Kerja berfungsi untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau situasi yang berlaku. Ianya terbahagi kepada dua iaitu :

3.4.1        Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Kata Kerja Transitif Aktif dan Kata Kerja Transitif Pasif.Contoh ayat dalam Kata Kerja Transitif Aktif. Ramlah memotong kek yang baru dibuatnya. Dalam kata kerja ini kata kerja mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud ayat. Kata kerja ini juga menerima imbuhan ‘men’ tanpa akhiran ‘kan’ dan ‘i’. Contoh perkataannya adalah menjahit, mencuci, mencuba dan mencubit.Contoh ayatnya, Salmah menjahit langsir di dalam biliknya. Tranformasi yang dibuat atas kata kerja dalam ayat aktif ini dapat menukarkan ayat Kata Kerja Kerja Transitif aktif menjadi Ayat Kata Kerja Transitif Pasif. Contohnya mencubit bertukar menjadi dicubit dan menjahit menjadi dicubit.

 

Perkataan yang asalnya bukan kata kerja apabila ditambah dengan imbuhan. Contohnya perkataan yang bukan kata kerja yang ditambah dengan imbuhan menjadi kata kerja ialah tin menjadi mengetin dan cat menjadi mengecat. Dalam ayat yang mengandungi kata kerja transitif mesti ada dua kata nama yang terbabit dalam susunan ayat tersebut. Yasuf melastik burung pipit. Yasuf dan burung pipit ialah Kata Nama manakala melastik ialah Kata Kerja Transitif. Di samping itu dalam Kata Kerja Transitif wujud dua keadaan iaitu konsep objek tepat dan objek sipi. Contoh ayat bagi menerangkan tentang konsep tepat dan sipi. Ayah menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah. Sebagai penerangannya, menghadiahkan ialah Kata Kerja Transitif, kereta mewah merupakan objek tepat dan isterinya ialah objek sipi.

 

 

 

3.4.2  Kata Kerja Tak Transitif.

Kata Kerja Tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya. Kata Kerja tak transitif terbahagi kepada dua.

 

Kata Kerja Tak Transitif yang pertama ialah Kata Kerja Tak Transitif Tidak Berpelengkap.Maksudnya kata kerja ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa sokongan sebagai pelengkap. Kata kerja ini juga tidak perlu ditambah imbuhan pada awalan dan akhirannya. Contohnya, Ayah tidur. Dalam ayat ini tidak ada jawapan bagi ayat tersebut.

 

Kata Kerja Kerja Tak Transitif Berpelengkap memerlukan pelengkap untuk melengkapkan maksud ayat supaya ayat menjadi lebih gramatis didengar atau dibaca. Dengan menjadikan ayat itu lebih gramatis dapat menerangkan maksud sebenar ayat. Ada empat pelengkap sebagai penerangan untuk merujuk tentang masa, tempat, cara dan sebab. Kata kerja duduk boleh diambil sebagai contoh untuk menerangkan tentang waktu duduk, cara duduk, tempat duduk dan sebab duduk. Kata kerja hanya dapat dijadikan kata dengan kata bantu dan diberi imbuhan tertentu sepero imbuhan ‘ber’, ‘me’ ,-kan dan ‘di’.

 

3.5    Kata Sifat.

Kata Sifat adalah menerangkan dan menceritakan sifat – sifat benda dan sifat – sifat perbuatan tersebut. Ada Sembilan Kata Sifat yang terkandung dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitu seperi di bawah :

A.    Kata Sifat Keadaan. Ianya menerangkan keadaan yang terdapat dalam Kata   Nama. Contohnya ialah anjing gila dan gadis cantik.

B.     Kata Sifat Warna. Kata Sifat Warna digunakan untuk menerangkan warna untuk Kata Nama. Contohnya laut biru dan awan hitam.

C.     Kata Sifat Ukuran. Bagi Kata Sifat Ukuran digunakan untuk merujuk kepada ukuran untuk Kata Nama bagi menerangkan tentang maksudnya. Contoh Kata Sifat Ukuran iaitu daun lebar dan pisau tajam.

D.    Kata Sifat Bentuk. Mata sepet dan bola bulat adalah contoh bagi kata sifat ini. Bentuk sesuatu Kata Nama yang mahu diterangkan.

E.     Kata Sifat Jarak. Kata Sifat jarak merujuk kepada ruang atau kedudukan. Contohnya saudara dekat dan jalan pintas.

F.      Kata Sifat Waktu. Masa digunakan sebagai elemen – elemen untuk membuat penerangan. Contohnya kawan lama .

G.    Kata Sifat Cara. Perangai atau tingkahlaku Kata Nama.

H.    Kata Sifat Perasaan. Untuk menjelaskan konsep perasaan dalam sesuatu Kata Nama. Rindu akan abang.

I.       Kata Sifat pancaindera. Merujuk kepada lima pancaindera utama iaitu mata, telinga, tangan, hidung dan lidah. Ianya akan menimbulkan rasa sedap, busuk, kasar, nyaring, harum dan sebagainya.

 

Sebagai panduan untuk mengenali Kata Sifat ianya boleh berganding dengan kata penguat. Contohnya amat licin dan sangat tampan dan ditambah imbuhan ‘ter’ dan ‘se’. Contohnya ‘ tercantik dan ‘semerdu’.

 

3.6    Kata Tugas.

Kata Tugas tidak mempunyai makna tetapi amat penting di dalam sesuatu ayat. Kata tugas boleh menjadi penghubung, penguat, pembantu dan sebagainya. Ada 16 jenis Kata Tugas . Antaranya ialah kata hubung, kata naïf, kata seru dan sebagainya. Kata Tugas boleh kita bahagikan kepada empat kategori :

 

3.6.1        Kata Penyambung Ayat.

Kata hubung digunakan untuk menyambung ayat – ayat menjadi ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk.

Contoh ayat : Ali berenang di dalam kolam.

                     Ali menyelam di dalam kolam.

                     Ali berenang sambil menyelam menyelam di dalam kolam.

           

3.6.2        Kata Tugas Praklausa.      

Kata Tugas Praklausa terletak di hadapan klausa. Kata Tugas dalam kata ini ialah seperti berikut:

A.    Kata Seru.

Kata Seru berfungsi untuk membina pelbagai ayat dalam melahirkan pelbagai perasaan. Contohnya kata seru aduh, cis, amboi dan sebagainya. Contoh ayat. Cis, berani kau menentang aku !

 

B.     Kata Tanya.

Kata Tanya digunakan untuk mendapatkan maklumat sesuatu contoh kata soal ialah siapa, mengapa, berapa dan sebagainya. Contoh ayat. Mengapakah cikgu sangat  gembira mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri ?

 

C.     Kata Perintah.

Kata Perintah dilafazkan untuk menimbulkan rangsangan atau tindakbalas. Kata Perintah boleh menimbulkan nada – nada yang berbeza seperti nada perintah, larangan, arahan dan silaan. Contoh ayat. Jangan panjat pokok kelapa itu. Tolong ambil penyapu di Pejabat Am.

 

 

 

D.    Kata Pembenar.

Kata Pembenar adalah untuk mengesahkan ( kebenaran ) sesuatu pertanyaan yang tlah dibuat. Jawapan yang digunakan Ya, Benar dan Betul. Contoh ayatnya. Benar kata Wan Malik tadi.

 

E.     Kata pangkal Ayat.

Kata pangkal ayat hadir pada permulaan ayat. Ianya digunakan sebagai kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh perkataannya adalah hatta, maka, adapun dan sebagainya.

 

3.6.3        Kata Prafrasa

Kata Prafrasa terletak di bahagian hadapan frasa dan bertugas untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan dan sebagainya. Ada lapan jenis Kata Prafrasa sebagai Kata Bantu.

 

A.    Berfungsi sebagai Kata Bantu aspek kepada Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama dalam menerangkan aspek waktu iaitu sedang, sudah dan yang akan dilakukan. Perkataan – perkataan yang ialah telah, sudah, pernah,sedang, masih, akan dan sebagainya.

B.     Kata Bantu Ragam. Ianya menerangkan tentang kemahuan atau kehendak dan perasaan pelaku yang melakukan perbuatan tersebut. Perkataan – perkataan yang digunakan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

C.     Kata Penguat. Kata Penguat hanya digunakan untuk menguatkan lagi Kata Adjektif yang kita gunakan seperti terlalu ganas, paling kaya, cantik sekali dan banyak lagi.

D.    Kata Penegas. Kata penegas juga dikenali sebagai Kata Partikel yang berfungsi untuk member penekanan pada bahagian – bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya –kah, -tah, dan –lah.

E.     Kata Nafi. Kata Nafi adalah menjadi unsur – unsur yang terkandung dalam frasa – frasa prediket yang terdiri daripada Frasa Nama, kerja, adjektifdan sendi nama. Kata Nafi ada dua iaitu ‘ Bukan’ dan ‘Tidak’.

F.      Kata Pemeri. Kata Pemeri menerangkan tentang peristiwa atau penghubung antara dua subjek dengan frasa – frasa utama yang terdapat dalam ayat. Contoh ayat. Nama kawan saya ialah Aminudin. Menabung adalah baik untuk masa depan.

G.    Kata Sendi Nama. Kata Sendi Nama terletak di bahagian hadapan Frasa Sendi Nama. Kata Sendi’di’, ‘ke’, ‘dari’ dan sebagainya. Contoh ayatnya. Pak Abu berasal dari Kalimantan Barat. Pak Abu tinggal di Kampung Jawa. Pak Abu pergi ke Pulau Jawa.

H.    Kata Arah. Digunakan untuk menerangkan perkataan yang digunakan sebelum frasa nama. Contohnya ‘ atas meja dan ‘ tepi sungai’ .

I.       Kata Bilangan. Untuk menerangkan tentang jumlah pada frasa nama. Contoh perkataan lima puluh, semua, banyak, masing – masing dan sebagainya.

 

3.7    Kata Pasca.

Kata Pasca digunakan di hujung ayat untuk member penekanan dan penerangan kata yang bergabung dengannya. Contoh ayat yang boleh menerangkan penggunaan Kata Pasca dengan kata nama dan bukan kata nama. Contoh – contoh ayat :

1.      Disiplin pelajar sesungguhnya semakin merosot.

2.      Beratnya 150 kilogram.

Berdasarkan daripada huraian tentang konsep tatabahasa yang telah dibuat, maka pelbagai jenis ayat terbentuk seperti ayat aktif, ayat Tanya, ayat nafi, ayat seru dan sebagainya. Tanda baca seperti koma, noktah, soal, seru dan struktur ayat merupakan aspek yang terkandung dalam aspek tatabahas.

 

4.      HURAIAN KONSEP SINTAKSIS

Sintaksis adalah untuk mengkaji ayat, iaitu ketepatan susunan ayat dalam sesuatu peraturan penulisan. Sintaksisi berasal dari perkataan Yunani. Sun membawa maksud ‘dengan’ manakala ‘ tattein’ bermaksud menempatkan bersama. Ini bermaksud kata – kata ditempatkan secara bersama – sama untuk menghasilkan kelompok kata atau ayat.

Asmah ( 1998 ) mengatakan sintaksis adalah pembentukan ayat iaitu bahagian Linguistik Deskriptif dan Sinkoronis yang mempelajari komninasi dan gabungan kata – kata dalam rangkai kata dan ayat. Ini bermakna pertalian gramatis antara kata – kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Ianya juga salah satu struktur dalaman iaitu cara ayat dibina. Morfologi dan sintaksis saling  bergantung antara satu sama lain.

Ciri – ciri yang terdapat dalam tatabahasa merupakan satu sistem yang ada tugas – tugas tertentu, berstruktur mengikut pola – pola tersendiri di samping sebagai pendukung tugas struktur yang berbeza peranannya. Dengan ada sistem tatabahasa maka terbentuklah 5 tatingkat dengan didahului ayat, klausa, frasa, kata dan  morfem.

 

4.1       Binaan Ayat.

Sesebuah ayat mengandungi satu subjek ( pelaku ) dan satu predikat ( cerita ). Subjek adalah perkara yang hendak diterangkan yang merujuk kepada orang, benda, tempat dan perkara manakala frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja dan kata adjektif yang berkuasa nama. Contoh ayat bagi menerangkan keadaan tersebut.

 

1.      Beliau melancong ke Hong Kong.

2.      Mesin itu sudah rosak.

3.      Merempit membahayakan keselamatan.

4.      Besarnya hidung anak orang itu.

Beliau ialah kata nama dan subjek dalam ayat melancong ke Hong Kong sebagai predikat. Predikat adalah satu kumpulan perkataan – perkataan dalam satu frasa dan berfungsi untuk menerangkan subjek. Jadi predikat hanya untuk menerangkan tentang tiga perkara iaitu perkara tentang orang, benda dan perkara yang terdapat dalam subjek. Dalam ayat ini frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi boleh menjadi predikat. Contoh ayat yang menerangkan frasa di atas sebagai predikat.

1.      Koden seorang wartawan.

2.      Datuk mengelap cermin kereta.

3.      Ladang kelapa sawit itu sangat luas.

4.      Derma itu daripada Yang Berhormat.

 

4.2    Frasa

Frasa terdiri daripada satu perkataan dan boleh berkembang menjadi unit yang lebih besar. Contoh – contohnya :

1.      Frasa dengan satu perkataan. Conto frasa : Saya pelakon.

2.      Frasa dengan dua atau lebih perkataan. Contoh frasa : Perempuan itu pelakon.

Jenis – jenis frasa adalah seperti berikut :

4.2.1        Frasa Nama.

Dalam Frasa Nama perkataan daripada Kata Nama, Kata Nama Terbitan dan Kata Ganti Nama digunakan. Contoh frasa :

1.      Kain merah – Kata Nama

2.      Pelancong itu – Kata Nama Terbitan.

3.      Kamu semua – Kata Ganti Nama.

Frasa Nama boleh menjadi  ayat dasar ( inti ) dan penerang kepada ayat dasar. Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan yang ada hubungan antara perkataan – perkataan iaitu sebagai inti dan penerang.

A.    Sebagai inti dan penerang.

Contoh ayat : Ibu tunggal beranak empat itu sedang menasihati anak – anaknya. Ibu tunggal merupakan inti beranak empat sebagai penerangan .

B.     Sebagai inti dan inti.

Contoh : Kerusi meja perlu disusun . ( Frasa Nama dan Frasa Kerja )

4.3    Frasa Kerja.

Frasa kerja terhasil daripada Kata Kerja Tak Transitif iaitu perkataan yang menjadi predikat. Frasa Kerja dibahagikan kepada dua :

A.    Frasa Kerja yang tidak mengandungi objek dan tidak memerlukan Kata Nama sebagai untuk melengkapkannya. Contoh frasa : Ali menjerit. ( Frasa Nama + Frasa Kerja ). Frasa Kerja yang mengandungi objek selepas Kata Kerja untuk melengkapkan Frasa Adjektif.

 

B.     Kata Kerja Transitif digunakan dalam melengkapkan frasa , di mana objek Kata nama diperlukan dengan diikuti dengan penerangan. Contohnya : Batak menjala udang di sungai. Udang merupakan objek dan di sungai sebagai penerang.

 

 

4.4    Frasa Adjektif.

Frasa Adjektif terbentuk dari satu perkataan atau lebih yang ada mengandungi Kata Adjektif. Kata Adjektif  berfungsi sebagai penerang ( predikat ). Ianya hadir selepas Kata Kerja manakala Kata Adjektif hadir selepas Kata Nama. Frasa Adjektif hadir dalam satu perkataan. Kombinasi dua Kata Adjektif dibahagikan kepada iaitu ada unsure – unsur :

A.    Yang merujuk kepada keserasian makna. Contohnya: cantik molek, comel lote, bijak    

B.     Yang merujuk kepada makna yang bertentangan. Contohnya : untung rugi, menang kalah dan pasang surut. 

C.     Yang merujuk kepada keindahan bunyi ritma. Contohnya : lemah gemalai.

Kata Penguat juga boleh digunakan  dalam keadaan tertentu.  Contoh – contoh :

A.    Hadir di hadapan  : Paling nakal, amat bodoh.

B.     Hadir di belakang : Mahal sekali, laju betul.

C.     Hadir sebagai kiasan : Besar hati, keras kepala.

D.    Hadir berderetan : Sungguh menawan sekali, belum panas lagi.

 

4.5    Frasa Sendi Nama.

Frasa Sendi Nama terdiri daripada satu Sendi Nama dan Frasa Nama yang berperanan sebagai pelengkap kepada Sendi Nama itu. Frasa Sendi Nama hanya boleh terbentuk melalui empat kaedah : 

A.    Sendi Nama + Frasa Nama . Contoh : di kebun.

B.     Sendi Nama + Kata Nama + Kata Arah + Frasa Nama. Contoh : di tepi padang.

C.     Sendi Nama + Kata Sendi Arah + Frasa Nama + Ayat Kompemen. Contoh : ke tengah untuk bermain bola.

D.    Sendi Nama + Kata Nama Adjektif + Frasa Keterangan. Contoh : di hujung kampung pada tiap – tiap tahun. 

4.6    Ayat.

Dalam pertuturan dan tulisan bahasa Melayu ada empat jenis ayat. Ayat – ayat tersebut adalah seperti di bawah :                                                                                                        

4.6.1        Ayat Penyata.

Ayat penyata digunakan untuk menerangkan satu pernyataan dan keterangan tentang sesuatu kejadian dalam bentuk lisan dan bertulis. Nada pengucapan yang digunakan nada turun sebelum kesenyapan ( lisan ) dan diakhiri dengan tanda noktah. Tiga contoh Ayat Penyata.

1.      Hamizan guru agama.

2.      Bustamam menjolok buah jambu.

3.      Penagih dadah itu dihantar ke Pusat Serenti.

 

4.6.2        Ayat Tanya.

Ayat ini digunakan untuk menanyakan tentang perkara, tempat, benda, jumlah, sebab dan sebagainya. Bentuknya sama dengan Ayat Penyata Cuma yang membezakannya ialah Ayat Tanya diakhiri tanda soal bukan tanda noktah. Untuk bertanya nada tinggi hendaklah digunakan dengan member penekanan apada akhir ayat sebagai tanda untuk menarik perhatian dan respons daripada pendengar. Ayat Tanya boleh dibina tanpa menggunakan kata soal.

 

4.7    Ayat Perintah. 

     Ayat Perintah digunakan untuk perbuatan menyuruh, melarang, mermpersilakan, meminta dan sebagainya . Ada empat jenis Ayat Perintah iaitu :

 

4.7.1        Ayat Suruhan.

Dilafazkan untuk member arahan atau perintah. Contoh – contoh ayat.

1.      Hantarkan tugasan kamu.

2.      Sila kosongkan bilik ini.

 

4.7.2        Ayat Larangan.

Digunakan ketika membuat tegahan dan larangan. Ianya ditambah dengan kata jangan, usah dan tak usah. Kata – kata ini hendaklah diletak di depan. Contoh – contoh ayat :

1.      Jangan bermain di situ.

2.      Usah bersedih jika aku pergi.

3.      Awak tak usah datang lagi.

 

4.7.3        Ayat Silaan

Fungsinya adalah untuk untuk membuat jemputan dan silaan kepada seseorang. Perkataan sila,sudi dan jemput digunakan. Perkataan – perkataan ini hendaklah digunakan sebelum Kata Kerja. Contoh – contoh ayat :

1.Sila datang ke pejabat saya.

2. Jemput makan.

 

4.7.4        Ayat Permintaan.

Kata permintaan digunakan dalam ayat permintaan seperti tolong, minta, mohon bagi mendapatkan pertolongan atau permintaan. Contoh – contoh ayat.

1.      Tolong gulung tikar.

2.      Minta kamu semua bersabar.

 

4.7.5        Ayat Seruan.

Ayat seruan  diadakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti takut, geram,marah, sakit, takjub dan sebagainya. Pada penghujung ayat dibubuh tanda seruan ( ! )bagi menggambarkan ayat tersebut. Contoh kata seruan ialah oh, cis, aduh, amboi dan sebagainya. Contoh – contoh ayat :

1.      Amboi, garangnya wanita itu !

2.      Nah, terimalah tikaman aku ini !

3.      Aduh, sakitnya perut aku nini !

 

4.7.6        Ragam Ayat.

Ragam ayat mengandungi dua jenis ayat iaitu Ayat Aktif dan Ayat Pasif.

A.    Ayat Aktif.

Dalam Ayat Aktif subjek asal dijadikan unsure – unsure yang mahu diterangkan. (Subjek + KK + Objek ) Contoh ayat:

1.      Yasuf mencukur misai.

2.      Syafiqah mengarang cerita itu.

 

B.     Ayat Pasif.

Dalam  Ayat Pasif objek asal diutamakan. ( Objek + Kata Kerja + Subjek ) Contoh – contoh ayat :

1.      Misai dicukur oleh Yasuf.

2.      Cerita itu dikarang oleh Syafiqah.

 

4.8    Ayat Majmuk.

Ayat majmuk terbentuk dengan gabungan beberapa ayat dengan cara – cara tertentu untuk menjadi satu ayat. Jenis – jenis Ayat Majmuk :

4.8.1        Ayat Majmuk Gabungan. Contohnya :

Saya dan dia bermain congkak. (Ayat Majmuk )

Saya bermain congkak. ( Ayat Tunggal )

Dia bermain congkak.

 

4.8.2        Ayat Majmuk Pancangan.

 

4.8.1.1  Ayat Majmuk Pancangan Relatif.

Terdiri daripada ayat induk dan beberapa ayat kecil digabung menjadi satu ayat majmuk. Contoh ayat :

Saya memakai topi yang berwarna kuning. ( Ayat Majmuk Pancangan )

Saya memakai topi. Topi itu berwarna kuning. (Ayat Tunggal )

 

4.8.1.2  Ayat Majmuk Pancangan Komplemen. ( Bahawa )

Contoh ayat. Ali telah mengetahui bahawa Cikgu Lena telah berpindah.

1.      Ali mengetahui    2. Cikgu Lena telah berpindah.

2.      Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan mesti dinyatakan sebab kejadian. Untuk menerangkan punca kejadian kata hubung ‘kerana’ digunakan. Contoh ayat :

1.      Jalani tidak dapat bermain bola.

2.      Jalani sakit kaki.

Jalani tidak dapat bermain bola kerana dia sakit kaki.

3 ulasan:

  1. Sangat sesuai untuk nota pengajian dalam Bahasa Malaysia erutamanya.

    BalasPadam
  2. suatu maklumat bahasa yang sangat bermakna...

    BalasPadam
  3. Tahniah...bahan cikgu boleh membantu sy dlm mencari bahan

    BalasPadam